Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Friday, 6 June 2014

Tips berguna untuk menguasai ilmu

  Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. 

Setelah sekian lama menyepi,.. kerana SPM,PLKN dan banyak lagi..

Dan alhamdulillah saya berjaya menempuh segalanya,.. tanpa bantuan dan izin daripada Allah SWT,saya tidak mampu pergi sejauh ini. Dan permasalahan juga banyak timbul terutama sekali apabila tidak mendapat tawaran daripada mana mana universiti tetapi syukur juga kepadaNya,saya kini belajar di Tingkatan 6 di sekolah lama saya iaitu SMK Bukit Saujana.

Form 6 sekarang dah pakai baju bebas.. tiada lagi baju sekolah.. terima kasih kepada kerajaan Malaysia dalam program memperkasakan tingkatan 6.


Tetapi bukan itu saya mahu cerita. Saya mahu bercerita bagaimana untuk kita membuat persediaan dalam mengulangkaji pelajaran. Tips ini saya ingin kongsi dengan semua orang. Tak kira yang mahu ambil peperiksaan sekolah ataupun universiti. Baca buku tebal tebal tapi fahamnya pun tidak tak berguna juga.


Tips 1 ~> Fahamkan setiap kata kunci penting 

Dalam setiap buku buku tebal yang bakal membunuh kita,lebih baik kita mencari kata kunci yang penting sahaja. Tak perlu serabut nak baca sampai habis kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk kita memahaminya. Kalau berjam jam tidak apa. Kalau berhari hari? menjenuh nak hafal.

Tips 2 ~> Buat 'nota sendiri'

Orang kata nota sendiri mesti buat ikut orang biasa buat.. mulanya dari tengah,kemudian bercambah cambah dan menulis poin penting pada rantingnya. Ini nota paling berkesan yang selalu dianjurkan oleh pakar kaunselor dan pakar motivasi. Saya tak kata salah okay. Tetapi apa kata kita menggabungkan nota kita itu dengan bakat kita yang tersendiri. Saya yakin ramai antara kita suka melukis manga dan mewarna. Baiklah begini..

-Konsep sama seperti nota 'brain' iaitu nota yang dianjurkan oleh kaunselor dan pakar motivasi, kat tengah tengah kita lukis watak yang ada kaitan dengan topik itu. Contohnya seperti topik berkenaan elektrik. Di tengah tengah lukis watak juruteknik. Digalakkan lukis secantik mungkin kerana nota itu akan jadi lebih menarik.

-Pemilihan warna sangat penting bagi yang suka mewarna. Topik berkenaan elektrik kebanyakannya menggunakan warna kuning sebagai warna utama. Selain itu boleh juga ditambah warna warna lain yang bersesuaian. Dan bagi yang sukakan background tak mahu lukis manga,juga boleh dipraktikkan.

Tips 3 ~> membaca sambil bersyair/nada berlagu

Tak nak melukis manga sebab tak pandai? Boleh sahaja membuat nota biasa. Seandainya cara fahaman kita tidak betul,baik ubah cara itu.Selalunya kita membaca sahaja tanpa membuat perkara lain. Sesetengah boleh berbuat begitu,sesetengah tidak boleh. Bagi yang tidak boleh ini,cuba alunkan nota nota itu dengan nada lagu. Seperti contoh :

Do you want to build a snowman. 

Julius Caesar dibunuh Pompeii.  <-- nada lagu frozen

Menarik bukan? study smart & hard , in sha allah boleh :D

Tips 4 ~> membaca sambil berimaginasi

Cikgu selalu mengadu ada pelajar pelajar suka sangat berangan terutama sekali ketika waktu belajar. Haa tips ni jangan guna waktu belajar kalau anda tak mahu balik sekolah muka melekat dengan kasut. Tips ini sebaiknya guna waktu belajar sendiri. Tetapi  saya percaya ramai yang tak mampu melakukan seperti ini. Dan kebanyakannya malu untuk diejek dengan rakan rakan. Percayalah, Isaac Newton,Albert Einstein,Bill Gates dan ramai lagi menggunakan imaginasi untuk menjawab hukum alam. 

Tips 5 ~> banyakkan berdoa,merapatkan silaturahim dan paling penting sekali,contohi sarjana Islam

Kenapa saya kata begitu?

-Sebabnya kejayaan yang tidak diredhai adalah lebih hina daripada kegagalan dengan penuh kehormat.

Apa kaitan antara pelajaran dan silaturahim? 

-Doa orang yang dizalimi makbul serta merta. Direct kepada Allah tanpa sebarang tapisan. Jadi janganlah menyakitkan hati orang lain. 

Kenapa sarjana Islam dititikberatkan berbanding sarjana barat?

-Kalau baca sejarah,sebenarnya sarjana Islam dahulu yang muncul sebelum sarjana Barat. Tetapi kita zaman sekarang mengagung-agungkan sarjana Barat sedangkan sarjana Barat belajar dengan sarjana Islam. Dan lagi satu,sarjana Islam hafal 30 juzuk al quran dalam kepala mereka. Sebelum mereka menuntut ilmu fardu kifayah,mereka menguasai ilmu fardu ain.

Siapa kata belajar susah? sebenarnya senang sahaja kalau kita dah tahu teknik teknik nya. Cuma ingatlah bahawa saya bukannya pakar,saya cuma penyampai ilmu  ^_^