Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Monday 29 July 2013

Malam Lailatul Qadar

Sudah tiba masanya untuk melalui fasa terakhir Ramadhan... Malam Lailatul Qadar... yeah.. malam yang terbaik antara 1000 bulan... malam di mana Allah melipatgandakan pahala.. malam di mana segelintir umat Islam diberi salam oleh malaikat.. Alangkah untungnya kepada siapa yang bertemu malam ini.. Seperti mengharapkan setiap malam adalah malam Lailatul Qadar..

Sunday 28 July 2013

Beret Hitam

Keputusan mengenai pemilihan anggota PLKN batch 96 sudah menjelma... Tahniah kepada bakal prebet PLKN.. Dan tahniah juga yang teringin sangat tak mahu terpilih.. Tetapi kasihan kepada yang tak terpilih.. Janganlah risau.. PLKN ada 3 panggilan.. peluang untuk terpilih insyaallah ada.. 

# Saya dipilih memakai beret hitam PLKN??.. Jawapannya ya tetapi keputusan sebenar belum dipastikan lagi.. #

Monday 22 July 2013

Statement golongan Al Riddah (murtad)


Ini adalah salah satu statement yang saya bergaduh dengan admin page murtad di FB.. 



"Tak... tak takut dengan Azab Allah sebab tak percaya... tak percaya dengan neraka pun... satu konsep yang bodoh..."




Ramai berkata mengapa saya mahu menentang sebuah organisasi anti islam yang sangat berpengaruh ??

Jawapan saya : 'Sekiranya aku ditanya oleh Allah apakah amanah aku dalam menegakkan Islam,Allah tahu aku sedang bergaduh dengan kumpulan musyrikin ini'

Soalan lain : Kau bagaikan menempah maut di dalam mulut buaya.. Hentikanlah semua ini.. biarlah mereka menghina..

Jawapan saya : 'Biar mereka menghina??? maaf aku bukan jenis membiarkan segalanya... walaupun pada pandangan orang aku jenis tidak berjuang habis-habisan,tetapi aku simpan semuanya itu kerana tak mahu dicop takbur..'

Tuesday 16 July 2013

Sahabat yang sebenar

Fawwaz telah ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pemasangan dan baikpulih alatan mesin di bengkel sekolah lamanya.. Dia dan juga rakannya iaitu Redzuan dan Malik akan pergi pada sebelah tengah hari.

Setelah sampai di sana,dia berjumpa dengan guru lamanya yang pernah mengajarnya.. Dengan perasaan gembira,dia mencium tangan guru tersebut,menegur guru tersebut dan menanyakan khabar beliau.. Guru tersebut berasa bangga kerana bertemu dengan seorang bekas pelajarnya yang menceburi bidang ketukangan.. Baginya,bidang ketukangan merupakan bidang yang berisiko tinggi baik segi fizikal mahupun mental..

Tiba masanya mereka membuat kerja.. mereka membuat pembahagian kerja dan membuat perancangan kerja.. Selepas itu,mereka membuat baikpulih sebelum pemasangan..

Redzuan : Fawaz,pergi beli makanan sekejap..
Malik : sekali sekali..
Fawaz : ok je.. nak makan apa ?
Malik : tak kisah la..

Setibanya di kantin,Fawaz telah ditegur oleh rakan-rakan lamanya.. Baik aliran sains mahupun kelas hujung.. baik sebaya dengannya mahupun yang mengenali dirinya.. Mereka begitu gembira menemui Fawaz. Seolah-olah Fawaz ibarat hilang 100 tahun..

Akhirnya setelah kembali bekerja.. Fawaz sekali lagi ditegur oleh rakannya.. Malik dan Redzuan pula memerhatikan gelagat Fawaz.. Setelah Fawaz kembali kepada mereka,mereka pula berkata

Redzuan : Hot jugak eh kau ni Fawaz..
Malik : Tu ar pasal.. baik laki mahupun perempuan.. semua tegur kau.. kasilah tips wei..
Fawaz : *tersenyum* hahaha tu semua kawan-kawan aku.. kawan lama.. ada juga dari sekolah rendah kitorang berkawan.. susah senang,waktu bersukan mahupun melanggar disiplin sekolah pun bersama-sama.. Masa nak pergi tandas,ajak kawan sekali.. Sebab tu lah kita jangan sesekali lupa kawan.. Setinggi langit pun kita dah pergi,jangan lupa apa yang ada pada asas ketinggian kita..

Monday 8 July 2013

Ramadhan on the corner

Rindunya.. Akhirnya ramadhan tahun 1434 Hijrah kembali lagi.. Bulan bonus untuk tambah amalan.. Kalau kerja takde gaji bonus tak syok kan.. Jadi kalau mahu tambah tanpa bulan bonus pun begitu.. Ingatlah.. Pada Ramadhan Al Mubarak, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.. Masih ramai merindui bulan ini tetapi masih ramai juga tidak sempat menemuinya.. Kita beruntung kerana telah bertemu dengan bulan sebegini.. Apa lagi,tambah amalan.. hijrah,.. dan insyaallah kejayaan milik kita..

Thursday 4 July 2013

Pengemis yahudi yang buta

Di hujung pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, '' Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Apabila kamu mendekatinya, maka kamu akan dipengaruhinya.''

Namun, pada setiap pagi, Rasulullah selalu mendatanginya dengan membawakan makanan. Dan tanpa mengucapkan sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu. Sedangkan pengemis buta itu tidak mengetahui bahawa orang yang menyuapkan makanan untuknya itu ialah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sehinggalah Baginda wafat bertemu Allah, Rabbul 'Izzati. Setelah wafatnya Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
...
Suatu hari, sahabat terdekat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya 'Aisyah r.a yang tidak lain merupakan isteri Rasulullah. Dia bertanya kepada anaknya itu, ''Anakku, apakah kebiasaan yang dilakukan oleh kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan?''

'Aisyah menjawab, ''Wahai ayah.. Engkau seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sahaja.''

''Apakah itu?'' tanya Abu Bakar.

''Setiap pagi, Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang ada di sana,'' kata 'Aisyah.

Keesokan harinya, Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar menghampiri pengemis tersebut lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar mula menyuapnya, si pengemis itu marah dan mengherdik Abu Bakar, '' Siapakah kamu !?''

Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan ! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta tersebut. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkanku, tetapi makanan tersebut dihaluskan terlebih dahulu. Setelah itu, dia berikannya kepadaku," kata pengemis itu.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Dia Muhammad Rasulullah s.a.w."

Ketika itu juga, pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan berkata, "Benarkah begitu? Selama ini, aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Akan tetapi, dia sedikit pun tidak pernah memarahiku. Dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia."

Akhirnya, pengemis Yahudi yang buta itu mengucapkan kalimah Syahadah di hadapan Abu Bakar pada masa itu juga. Sejak dari hari itu, dia menjadi seorang Muslim.

Jiwa terusik kerana guru praktikal

Ini kisah benar.. saya telah mendapat cerita ini daripada seorang rakan saya.Dia sering mengalami kekosongan hati atau lebih dikenali sebagai tekanan hati.Dia mempunyai ramai rakan tetapi hanya segelintir sahaja mengenali rahsia nya

 Pagi Isnin,.. seperti biasa dia menghadiri perhimpunan sekolah.Tetapi pada hari ini,dia merasakan sesuatu yan berbeza.4 orang guru praktikal datang ke sekolahnya.Sementara melihat guru-guru tersebut,dia ternampak salah seorang guru tersebut menyerupai kekasih lamanya.Apa lagi,seganlah dibuatnya.Berkaca mata dan mukanya mirip gadis cina.Memang menyerupai kekasih lamanya.Sejak dari itu dia pergi menanyakan kepada semua guru-gurunya tentang guru praktikal tersebut.Hatinya mengatakan bahawa gadis tersebut adalah kekasih lamanya.Namun dirinya cuba menafikannya.

Suatu hari,guru matematik kelasnya tidak hadir kerana cuti sakit.Jadi guru lain akan menggantikan kelas matematik tersebut.Kebetulan pula,cikgu yang menyerupai kekasih lamanya itu menggantikan kelas matematik.Sepanjang kelas itu,dia hanya menundukkan muka menahan malu.Kerana setiap inci rupanya mengingatkan dia kepada kekasih lamanya.Sampai sekarang dia masih ada rasa bersalah setelah memusnahkan hati dan kepercayaan kekasih lamanya.


Wednesday 3 July 2013

Bersegmen itu apa ??

bersegmen ?? apa itu?? maaflah saya tidak menyertai sebarang segmen yang dianjurkan kerana saya menggunakan laman blog untuk dakwah.Malahan saya juga menggunakan laman blog untuk menghafal segala bahasa HTML dan javascript.. boleh terangkan apa itu segmen ??