Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Wednesday 26 November 2014

Musafir yang berdosa #4 (part I)

Farady : Latihanmu sudah berakhir. Saya boleh lihat kemampuan dan bakat kamu sepanjang saya mengajarmu, ya Ad Dzar.

Ad Dzar : Terima kasih tuan. Tanpa tunjuk ajar tuan,saya takkan mampu pergi sejauh ini.

Farady : Benarlah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kawanmu. Kau sememangnya berbakat besar. Tidak sama seperti orang yang aku ajar selama ni. Saya sudah turunkan seberapa banyak ilmu yang saya tahu kepada kau. Cuma ingat pesanan aku, kekerasan dan ketegasan adalah dua perkara yang berbeza. Jika ketegasan masih lagi disangkal,maka kekerasan perlu atas tujuan untuk mempertahankan diri. Ingatlah bahawa Tuhan senantiasa memberikan rahmat kepada hamba-Nya.

Ad Dzar : Tuan,saya tak tahu konsep ketuhanan. Sebab tiada siapa ajar saya mengenainya. Saya dibesarkan di kawasan yang bahaya. Kawasan itu tidak mengajarkan saya erti Tuhan yang sebenar. Apakah itu Tuhan? Siapakah Dia?

Farady : (menarik nafas panjang) , untuk apa kau menanyakan perkara sedemikian? Tuhan bukanlah manusia, mereka langsung tidak sama dengan makhluk-makhluknya. Ini kerana kau belum pernah melihat-Nya lagi. Untuk menjawab persoalanmu itu, Pernahkah kau bertanyakan siapakah yang menciptakan tanah ini? Siapa yang mampu mencipta langit dan mengapungkannya tanpa sebarang tiang? Siapa yang ciptakan malam dan siang ?

Ad Dzar hanya mampu tercengang tanda bahawa dia masih tidak memahami apa-apa. Namun dia tahu,berdasarkan apa yang dikatakan oleh Farady tadi,jelaslah bahawa ada kuasa lain yang sedang mengawal segalanya.

Farady : sejauh itu saja yang aku mampu katakan. Yang selebihnya kau akan menemui jawapannya sendiri. Dan esok,kau perlu bersiap untuk melancarkan operasi serangan ke atas kubu kuat puak militan. Aku sudah sediakan orang yang terbaik untuk membantu kau melaksanakan operasi ini. Dan kau akan mengetuai misi ini.

Ad Dzar : Ya kah tuan? Tapi adakah saya mampu untuk mengetuai operasi ini?

Farady : aku yakin kau boleh. (Dia tak ubah seperti ibunya. Walaupun diperangi,namun hatinya masih berkelumit rasa baik hati yang mendalam. Beruntungnya dia adalah anakku)

Ad Dzar : Tuan? Tuan? Ada masalahkah?

Farady : oh maaf. Aku mengelamun sekejap. Baiklah,pergilah berehat. Esok adalah hari penentuan kau.

Ad Dzar akur sahaja dengan arahan Farady. Namun dia masih terngiang-ngiangkan perkataan yang diucapkan tadi. Apakah benar Tuhan itu ada? Dia tidak mampu tidur. Puas difikirkan apa yang akan berlaku esok.Ditambah pula dengan persoalan yang tidak terungkai.

Akhirnya hari penentuan menjelang tiba, dia masih berdebar dan hanya mampu membuatkan dirinya kerdil di hadapan pasukan pasukan tenteranya yang mempunyai kekuatan seramai 7 orang sahaja.

Farady : Ad Dzar, mari aku kenalkan dengan pasukanmu.  Dari kanan ialah

            Sarjan Boyka,pakar bom.
            Staf Sarjan Frost,pakar meriam.
            Koperal Malique,pakar perhubungan elektronik.
            Sarjan Wolf, penembak hendap.
            Lans Koperal Kareem, pakar senjata berat
            Ghost, perisik dan
            Prebet Hunter, pakar serangan udara dan jentera

Ad Dzar : Kenapa hanya 8 orang saja?

Farady : Mereka bukan calang calang orang. Seorang daripada mereka berkemampuan untuk mengendalikan operasi seperti ini. Tapi saya sengaja tambahkan bilangan,kerana ianya merupakan latihan terakhir kau untuk hari ini. Mungkin antara kita takkan kembali dengan selamat. Tapi masing masing kena tahu bahawa jangan memperlekehkan orang lain. Faham tak?

Semua : Faham tuan!

Farady : Baiklah, semua bersiap sedia. Kita akan pergi ke kawasan puak militan. Samada kita menang dengan kejayaan atau kita mati kerana mencuba. Bergerak sekarang !

Maka setelah selesai semua mempersiapkan diri mereka dengan kelengkapa perang,mereka berangkat menuju ke kawasan peperangan. Sedang mereka bersiap sedia, Ad Dzar merangka sebuah strategi untuk menyusup masuk ke kawasan tersebut.

Ad Dzar : Baiklah,ini pelannya.. Mula mula aku nak Hunter dan Wolf serang hendap pos kawalan. jarak berkesan antara 300 meter. Kita tak boleh terus menuju masuk kerana kita perlukan kawalan penuh terhadap pos kawalan. Jadi,bila kita dah masuk,kita berpecah ikut 2 kumpulan,  aku,Boyka,Frost dan Ghost akan ikut jalan kanan. Yang lain ikut jalan kiri. Sebelum berpecah,pastikan korang menyamar jadi anggota militan. Dengan itu,mudahlah kita menyusup masuk. Sesudah masuk, Boyka akan pasangkan bom di kawasan yang ditandakan ini. Yang lain akan berlagak seperti kita ni adalah kumpulan militan yang ditukar syif kerja. Bila dah masuk,tunggu arahan seterusnya. Ada soalan?

Ghost : Kenapa tak letupkan saja mereka menggunakan artileri?

Ad Dzar : Kita nak jimatkan artileri. Melalui ini juga kita lebih mudah memasuki kawasan tersebut. Hunter pula,aku harapkan bahawa kau boleh mengawal serangan melalui udara. Ini adalah alat kawalan peluru berpandu jarak jauh. Bila aku berikan arahan,maka kau akan buat. okey?

Hunter : okey.

Ad Dzar : Selebihnya,tunggu arahan aku. Kita perlukan bandar itu. Demi kepentingan anak cucu aku. Dan kepentingan negara ini juga.

Maka,perjalanan yang penuh debaran ini akan menjadi titik tolak kepada semua orang. Peperangan ini akan menjadi sejarah dan mengembalikan keamanan kepada bandar tersebut. Adakah mereka akan berjaya? Apakah komander militan tersebut mengetahui mengenai kehadiran pasukan khas Ad Dzar tersebut? Segalanya akan terjawab di Musafir yang berdosa #4 (part II)

Thursday 13 November 2014

Musafir yang berdosa #3

Ad Dzar melangkahkan kakinya menuju ke destinasi yang dituju iaitu kediaman seorang pegawai tertinggi angkatan tentera bernama Farady. Dia akhirnya sampai di hadapan rumah Farady dan mula menekan loceng pintu rumah.

Beberapa minit kemudian,muncullah seorang lelaki berbadan tegap sedang membuka pintu dan melihat kehadiran Ad Dzar. Lalu beliau segera menuju ke arahnya untuk dijemput masuk.Pada awal sapaan mereka,mereka hanya memperkenalkan diri mereka sahaja dan Ad Dzar akhirnya mengetahui bahawa lelaki tersebut ialah Farady iaitu orang yang dicari carinya.

Ad Dzar : Saya sebenarnya datang ke sini untuk bertemu dengan tuan.

Farady : Ya kah? Siapakah yang menghantarmu ke sini?

Ad Dzar : Kawan saya bernama Aleppo. Ini surat yang dia kirimkan kepada saya untuk dihantar kepada tuan.

Ad Dzar menghulurkan sepucuk surat untuk dibaca oleh Farady. Farady menerimanya dan membaca isi kandungannya.

"Kepada Tuan Farady,

    Saya menulis surat ini agar tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya. Sebenarnya sebelum ini saya menghadapi kesukaran untuk hidup di dalam kawasan tempat tinggal saya kerana di sini kami sering diancam oleh sekumpulan puak militan yang sedang mengeksploitasi setiap inci bandar ini. Orang yang mengirimkan surat ini adalah salah seorang penduduk di kawasan itu. Dan saya percaya bahawa orang ini adalah bakal membebaskan kawasan kami daripada puak militan tersebut. Ini kerana beliau mempunyai bakat dalam peperangan,boleh menyelinap masuk ke dalam markas latihan mereka dan memberikan maklumat risikan mereka malahan juga saya mengetahui, bahawa dia merupakan anak tuan. Anak yang tuan tinggalkan setelah ibunya diserang oleh kumpulan militan tersebut. Anak tuan ini sudah lama hidup menderita akibat tiada kasih sayang ibu bapanya. Tapi tuan kena ingat dan berjanji,agar rahsiakan hal ini daripadanya. Kerana saya tahu dia akan menjadi seorang pejuang yang hebat."

Setelah diamati surat itu,barulah dia rasa menyesal akan dirinya yang mengabaikan anaknya itu.

Farady : Dzar,kau ikut aku pergi ke belakang rumah

Ad Dzar akur sahaja. Setelah mengikuti mereka ke belakang rumah,alangkah terkejutnya apabila melihat kawasan belakang rumah tersebut adalah kawasan latihan ketenteraan.

Farady : Mulai hari ini,aku akan ajar kau cara berperang. Kau boleh tinggal di sini. Dan ambillah masa untuk melihat sekeliling. Tapi ingat,esok adalah hari yang sibuk. Kau rasa kau dah sedia?

Ad Dzar : Sentiasa bersedia tuan. Saya berjuang demi diri saya sendiri,tuan

Sementara itu,komander militan menerima maklumat risikan daripada perisik di bandar Maghribi menyatakan bahawa Ad Dzar gagal dikesan. Oleh kerana itu,dia menangguhkan risikan terhadap Ad Dzar dan bersiap sedia untuk memulakan operasi mereka yang lain.

Akhirnya,hari pertama latihan Ad Dzar bermula. Adakah Ad Dzar berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang pejuang yang digeruni? Apakah beliau akan mengetahui bahawa Farady adalah ayah kandungnya? Apakah kejutan yang bakal diterima oleh komander militan yang bertanggungjawab membunuh Aleppo?

Episod terakhir bakal menyusul di Musafir yang berdosa #4

Tuesday 4 November 2014

Musafir yang berdosa #2

Fajar mulai menyinsing. Ad Dzar telahpun menyediakan banyak kelengkapannya untuk keluar daripada medan peperangannya itu. Walaupun hatinya masih lagi sedih untuk meninggalkan kawasan kelahirannya itu,namun dia percaya bahawa keamanan dan ketenangan yang dicarinya berada di luar kawasan tersebut.

Dia mengambil segenggam pasir dimana dia berpijak seraya berkata "Aku akan kembali untuk mencari kemenangan di tanah kelahiranku ini. Biarlah puak militan itu mati ataupun aku yang mati. Janji aku dapat membawa keamanan di sini."

Sesudah itu,dia menuju ke destinasi di mana dia akan berjumpa dengan Aleppo. Walaupun dia tahu bahaya bakal menanti apabila dia cuba untuk membawa dirinya keluar daripada medan peperangan tersebut kerana dirinya kini diburu oleh puak militan. Ini kerana Ad Dzar sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi serta kemampuannya dalam melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak. Ciri itulah yang membuatkan dia menjadi pilihan puak militan tersebut.

Sesudah sampai di sana,beliau meletakkan barang barangnya dan menunggu dengan penuh debaran. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh apabila cubaannya gagal. Beberapa minit kemudian,Aleppo datang bersama lori berisi jerami kering untuk dipasarkan. Lantas Ad Dzar melompat ke atas jerami tersebut dan memberikan isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk keluar daripada tempat itu. Aleppo terus membawa Ad Dzar menuju ke pos kawalan.

Sesudah sampai,puak militan tersebut menyuruhnya berhenti bagi memeriksa bekalan yang dibawanya. Pada masa itu,Ad Dzar merasakan debarannya semakin kuat apabila mereka hendak memeriksa jerami itu.Namun akhirnya mereka terlepas juga setelah pengawal berpuas hati dengan bekalan yang dibawa Aleppo. Dengan segera Aleppo meneruskan perjalanannya menuju ke sebuah bandar yang diberi nama Mugabe.

"Dzar,kau boleh keluar sekarang. Kita dah sampai di bandar",kata Aleppo

"Ya kah? Baguslah, aduh sakitnya belakang aku", keluh Ad Dzar

"Di sini,aku cadangkan kau untuk berjumpa dengan seorang lelaki bernama Farady.Dia tinggal di hujung bandar arah utara. Dia merupakan pegawai tertinggi anggota keselamatan negara ini. Dia orang terbaik untuk ajar kau tentang peperangan. Kau ada bakat. Sebelum tu,hantarkan surat ini kepada dia. Semoga berjaya", balas Aleppo dengan senyuman

"Ya Aleppo, semoga kita berjumpa lagi", kata Ad Dzar.

Akhirnya mereka berpisah dan menuju ke arah destinasi masing-masing. Aleppo pergi menuju ke halamannya setelah urusan dengan penjual sudah selesai namun secara tiba tiba lorinya diserang oleh sebuah roket semasa dalam perjalanan. Lorinya terbakar dan orang yang bertanggungjawab itu tidak lain tidak bukan adalah puak militan tersebut. Mengapa mereka menyerang Aleppo? Kerana mereka mengetahui bahawa Ad Dzar telah dibawa keluar daripada kawasan itu. Bagaimana? Komander militan telah mempunyai perisik di bandar tersebut dan atas maklumat perisiknya,mereka melancarkan serangan ke atas lori tersebut.

Ad Dzar menuju ke arah rumah Farady dengan membawa sepucuk surat yang diberikan oleh Aleppo. Apakah sebenarnya isi kandunga surat itu? Adakah Ad Dzar akan mengetahui tentang kejadian Aleppo yang diserang roket puak militan? Ikuti kisahnya seterusnya di #3

Sunday 2 November 2014

Musafir yang berdosa #1

"Saat kau diuji dengan kejahatan dunia,kau pasti tertanya mengapa"


Lumrah kehidupan manusia,

Ada yang disayangi,ada yang dibenci,

Namun kehidupan haruslah ditempuhi. Setiap kembara kehidupan masyarakat,setiap liku dan setiap dugaan yang dialami merupakan pengajaran yang paling pedih tetapi bermakna.

Hiasan jalan menuju keredhaan-Nya bukanlah dihiaskan dengan rumput hijau,jalan yang bertatahkan berlian dan permata malahan disambut oleh mereka yang menyanjungi kita umpama seorang selebriti di atas karpet merah. Tetapi jalannya penuh dengan kaca,paku dan juga mereka yang sentiasa membenci kita dan mengugut kita dengan pedang yang terhunus bersedia untuk menyerang kita bila-bila masa.

Kenapa ianya sepatutnya disediakan sedemikian rupa? Masih terngiang ngiang di dalam kepala dan luahan hati kecil seorang pemuda yang tidak tahu siapa dan apa asal usulnya, bernama Ad Dzar. Dilahirkan tanpa belaian ibubapanya, diajar oleh dunia untuk melakukan kejahatan. Adakah dia dirahmati oleh Tuhan? Kenapa mesti aku ya Tuhan? Dimanakah bantuan-Mu?

Gelanggang permainannya adalah kawasan peperangan. Setiap hari,dia akan mempelajari cara untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh sekumpulan pengganas militan yang mengakui bahawa mereka di jalan yang benar sedangkan hakikatnya tidaklah sepertimana yang dikhabarkan sedemikian rupa. Setiap hari,dia berjaya melepaskan diri daripada menjadi tawanan dan pujukan salah seorang anggota militan tersebut. Mengenangkan juga bagaimana rakan-rakan seperjuangannya satu demi satu ditangkap dan dijadikan hamba abdi kepada golongan tersebut. Perasaan marah dan dendam yang membara,dia bertungkus lumus untuk mempelajari cara untuk menjadi seorang pejuang yang hebat walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa yang beliau perjuangkan.

Terdetik di hatinya dengan pelbagai persoalan yang timbul iaitu "Untuk apa aku dihidupkan? Kenapa aku.."

Suatu hari,sedang Ad Dzar meninjau keadaan selamat untuknya berjalan,terdetik dalam hatinya dengan mengambil keputusan untuk pergi dari medan peperangan tersebut,namun masih memikirkan cara untuk melarikan diri daripada tempat beliau dilahirkan itu. Beberapa hari beliau membuat persediaan dan memikirkan cara yang terbaik untuk menyusup keluar daripada kawasan bergolak itu tanpa dikesan oleh sesiapa. "Macam mana aku nak keluar dari sini? Bila nak keluar nanti,ada pos kawalan pula. Bila dia nampak aku,mesti dia tak beri aku keluar",keluhnya.

Pada masa yang sama,seorang jirannya bernama Aleppo membawa sebuah trak berisi jerami kering untuk dihantar ke sebuah bandar untuk dipasarkan. Akhirnya Ad Dzar menemui jalan untuk keluar dari tempat itu. Beliau segera berjumpa dengan  Aleppo.

"Aleppo, aku perlukan bantuan kau", kata Ad Dzar,
"Apa yang kau nak aku buat?" soal Aleppo,
"Begini,aku nak keluar dari bandar ni. Aku tak boleh keluar begitu sahaja sebab kumpulan militan tengah cari aku. Kalau ditangkap,pasti akan aku dibunuh", katanya.
"Jadi apa rancangan kau? Oh tidak,kau nak aku bawa kau sehingga ke bandar dan di situ kau akan berlari untuk menyelamatkan diri kau?", soal Aleppo lagi
"Ya", jawab Ad Dzar dengan penuh gembira.
"Apa gunanya. Mereka akan periksa barang yang aku bawa ni.", tegas Aleppo lagi
"Aku tak peduli,janji aku dapat keluar hidup hidup", Ad Dzar menjawab
"Baiklah, lusa nanti jumpa aku di sini, Buat masa ni kau pantau dulu bila mereka akan bertukar pengawal ataupun masa terbaik untuk kita keluar", jawab Aleppo


Maka mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk membawa Ad Dzar keluar daripada tempat itu secara hidup hidup. Adakah mereka akan berjaya? Tunggu #2 ya