Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 31 October 2013

Jangan jolok sarang tebuan

Di sebuah bandar kecil,tinggallah seorang pemuda bernama Johan. Johan merupakan seorang budak yang nakal dan sering mengganggu ketenteraman bandarnya. Aduan daripada masyarakat mengenai tindak tanduknya sudah biasa didengar oleh datuk bandar tersebut. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendungnya tetapi dia tidak pernah serik.

Johan mempunyai ibubapa yang sentiasa menegur tingkah lakunya namun dia masih dengan perangai hantunya. Sehinggakan ibubapanya sudah tidak tahu berbuat apa lagi. Perangainya sudah menjadi kebiasaan penduduk bandar tersebut. 

Selain mengganggu ketenteraman,Johan juga suka mengurat wanita yang cantik tidak kira sudah berkahwin ataupun tidak.Kaum hawa bandar tersebut sentiasa berwaspada malahan ada yang tidak mahu keluar rumah kerana asyik diganggu malahan hampir dicabul kehormatan mereka.

Suatu hari,seorang pengembara bernama Hunt sampai ke bandar tersebut dalam keletihan setelah berjalan jauh.Dia bertanya kepada orang kampung di mana dia boleh mencari datuk bandar. Setelah mendapat arah ke rumah datuk bandar,dia segera meluru ke destinasi.Setelah sampai,dia berjumpa dengan datuk bandar atas niat mendapat izin untuk tinggal di sini. Datuk bandar berasa kagum dengan komited Hunt dalam mencari keizinan daripada 'tuan rumah'.Beliau mengizinkannya.Kemudian beliau meminta biodata penuh Hunt. Beliau terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hunt merupakan anggota pasukan askar elit berpangkat  Mejar Kehormat. Namun Hunt ingin merahsiakannya kerana tidak mahu timbul kekecohan.Beliau bersetuju. 

Suatu hari,semasa Hunt sedang membeli barangan keperluan,kedai tersebut telah dirompak oleh Johan dan kumpulannya.Johan mengacukan parang ke arah Hunt dan mengugut akan mencederakannya sekiranya dia tidak bekerjasama. Pada mulanya Hunt menurut kata-kata Johan tetapi Johan cuba menetak Hunt. Akibatnya Hunt telah menumbuk Johan. Johan terbaring. Rakan-rakannya cuba menyerang tetapi berjaya dipatahkan oleh Hunt. Setelah beberapa minit pergelutan,akhirnya Johan dan rakannya kalah dan diikat oleh Hunt.Datuk bandar turun melihat kejadian tersebut.

Datuk bandar : Hunt,apa yang berlaku?
Hunt : mereka cuba merompak tetapi saya berjaya patahkan cubaan mereka.
Datuk bandar : Bagus. Johan pasti terima padahnya.Sebelum ini,inilah pekerjaannya. Ramai sudah lali dengan perangainya. Mereka tidak patut cari pasal dengan askar elit.

Selepas hari itu,Hunt menjadi ketua pengawal bandar tersebut dan sentiasa berwaspada dengan cabaran mendatang.Johan dan rakannya dihadapkan ke mahkamah tinggi kerana cuba menyerang penjawat awam dan pelbagai kesalahan lain.

p/s : Jangan jolok sarang tebuan kelak nanti terima sengatannya.

Saturday 19 October 2013

GELI!! Penyakit video putus cinta merebak

Masih ramai menganggap apabila seseorang putus cinta merupakan suatu perkara biasa.. Saya juga begitu tetapi apabila mengupload video dan gambar menangis di laman sosial,hanya kerana ingin memohon simpati orang yang membacanya. Laman sosial diibaratkan sebagai diari cuma privasinya adalah terbuka ataupun public. Diari sebenar adalah cerita yang tidak dikongsi dengan sesiapa hanya kita sendiri yang tahu.



Apa tujuannya ?? mengejar simpati manusia atau mengejar populariti JIJIK dunia??


Saya bawakan pendedahan seorang rakan saya yang dirahsiakan namanya. Beliau pernah putus cinta dan mengerat nadinya beberapa kali kerana kekasihnya curang. Tidaklah salah sekiranya kita sedih selepas putus cinta tetapi janganlah sampai mencederakan diri kita atas dasar sayang. Manusia lebihkan cinta Allah dan keluarga daripada cinta kekasih.Pelbagai sokongan dan dorongan negatif yang dibuat sebagai tanda simpati.Ingatlah,Rasulullah juga pernah bersedih.Bersedih kerana kematian anak lelakinya,kematian bapa saudaranya,Abi Talib dan isterinya Siti Khadijah. Malah Rasulullah juga bersedih kerana dilempar batu ketika berdakwah di Taif.Malaikat pernah menawarkan kepada Rasulullah untuk menghempap penduduk Taif dengan bukit bukau tetapi Rasulullah berkata jangan.

Antara surah yang boleh mengurangkan kesedihan ialah Surah Al Kauthsar.. Baca setiap kali anda bersedih. Insyaallah Allah akan menenangkan kamu dengan kasih sayang-Nya.

Jadi fikirkanlah. Jangan perigi mencari timba. Yang lepas tu lepaslah. Mungkin dia bukan jodoh kita.Ada perkara yang kita tak duga ia terjadi,namun harus berterima kasih pada takdir-Nya.

Saturday 12 October 2013

Saat kematian Saidina Umar Al Khattab


Apa yang membezakan antara kita sesama Umat Islam?
TAQWA
Apa yang membezakan antara Umat Islam & orang kafir?
SAMA ADA HIDUP IKUT PERINTAH ALLAH SWT ATAU TIDAK

Inilah saidina Umar bin Khattab r.a.
Salah seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin, yang telah membuktikan diri sebagai penolong agama & berjihad dengan nama Rabbul ‘Alamiin. Khalifah yang berhasil memadamkan api kejayaan majusi, sehingga orang-orang kafir sangat benci kepadanya. 

Diantara mereka yang paling menonjol kepada saidina Umar r.a adalah Abu Lu’lu’ah Al-Majusi,
seorang budak yang berprofesi tukang kayu sekaligus pandai besi & tinggal di Madinah. 

Ia membuat suatu alat yang biasa digunakan untuk menggiling tepung. Alat itu terdiri dari 2 batu yang dibelah. Satu batu ditaruh di atas yang lain. Lalu biji gandum dilemparkan ke tengah-tengahnya, kemudian diputar dengan tangan. Rupanya dia sedang menunggu saat yang tepat untuk membalas dendamnya terhadap Saidina Umar r.a. suatu ketika Saidina Umar r.a menjumpainya di jalan & bertanya, 

“Aku dengar kau pernah berkata, 
‘Kalau mampu, aku akan membuat penggiling gandum yang digerakkan dengan angin.’
Benarkah?” 

Budak itu menoleh ke Saidina Umar r.a dengan muka masam. 

“Ya. Benar. Aku akan membuat untukmu alat giling yang akan menjadi pembicaraan manusia dari Barat hingga ke Timur,” katanya. Saidina Umar r.a lalu berkata kepada orang-orang yang menyertainya,
“Budak itu mengancamku.” 

Setelah itu, budak tadi membuat sebuah pisau yang mempunyai dua mata. Penggunaan pisau itu dengan memegang bagian yang ada diantara 2 matanya. Jika seseorang ditusuk dengan 1 matanya, akan terbunuh. Demikian juga bila diyusak dengan matanya yang lain. Budak itu juga melumuri pisau tersebut dengan racun. Sehingga ketika seseorang ditusuk dengan pisau itu, boleh jadi ia mati kerana kekuatan tusukan, atau kerana racunnya. 

Hingga datanglah saat itu, ketika ia mengendap-endap di kegelapan malam. Ia bersembunyi di sebuah pondok masjid, menunggu kedatangan Saidina Umar r.a. ia tetap berada di tempat itu, sampai akhirnya Saidina Umar r.a masuk masjid membangunkan orang-orang untuk mendirikan solat. Lalu dirikanlah solat dengan Saidina Umar r.a sebagai imamnya. 

“Allahuakbar”, Saidina Umar r.a bertakbir. 

Ketika ia mulai melantunkan ayat-ayat Al-Quran, budak tadi keluar dari tempat persembunyiannya. Secepat kilat ia menyerang Saidina Umar r.a dengan 3 tusukan sekaligus. Tusukan pertama mengenai dada, kedua mengenai perut & tusukan yang terakhir mengenai bagian bawah pusar. Saidina Umar r.a menjerit & rebah ke tanah. Dalam pada itu, ia mengulang-ulang firman Allah SWT, 

“dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti akan terjadi.”
(Al-Ahzab: 38) 

Lalu Abdurrahman bin ‘Auf maju menggantikan Saidina Umar r.a untuk menyelesaikan solat jemaah tersebut. Sementara itu, setelah menusuk saidina Umar r.a, budak tadi menerobos ke barisan kaum muslimin dengan pisaunya yang diayun-ayunkan ke kiri & ke kanan. 

Ada 17 orang yang terkena pisau itu. 7 diantaranya meninggal dunia. Lalu ia berhenti dengan menghunus pisaunya. Setiap orang yang mendekati, pasti diserangnya. Sampai ada seseorang yang melempar sebuah kain selendang tebal ke arahnya. 

Budak itu terhuyung-hayang. Ia merasa kaum muslimin akan segera meringkusnya. Seketika itu, ia hunjamkan pisau yang dibawa ke tubuhnya sendiri. 

Saidina Umar r.a langsung dibawa ke rumahnya. Orang-orang yang menunggu di sekitar rumahnya, menangis semua. Saidina Umar r.a pengsan sehingga terbitnya matahari. Ketika sedar, dipandang wajah orang-orang yang berada di sekelilingnya. 
Pertanyaan pertama yang diucapkan adalah, 

“Apakah manusia sudah solat? 

Mereka menjawab, “Sudah.” 

“Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya tidak dianggap Islam, orang yang meninggalkan solat.” Katanya. 

Saidina Umar r.a lalu meminta air untuk berwudhu’. Sebenarnya ia hendak berdiri untuk mengerjakan solat, namun tidak termampu. Ia kemudian meraih tangan anaknya, Abdullah r.a untuk mendudukkan tubuhnya di belakang Abdullah r.a. saidina Umar r.a duduk bersandarkan anaknya. 

Darah terus mengalir dari luka bekas tusukan. Abdullah bin Umar r.a berkata, “Demi Allah, aku mencuba menutupi luka itu dengan jariku, namun darah terus mengalir. Hingga akhirnya kami ikat lukanya sengan serban.” Demikianlah saidina Umar r.a menunaikan solat subuhnya. 

Setelah itu saidina Umar r.a berkata kepada Ibnu Abbas r.a, “Lihatlah, siapa yang telah membunuhku?” Dijawab, “Engkau diserang oleh seorang budak Majusi. Beberapa orang juga telah diserangnya, lalu ia bunuh diri”. Saidina Umar r.a berujar, “Segala puji bagi Allah yang menjadikan pembunuhku tidak dapat memusuhiku di hadapan Allah dengan 1 sujud pun ( kerana si pembunuh seorang kafir, yang tidak mungkin sujud kepada Allah swt). 

Setelah itu seorang tabib mengubatinya. Tabib itu menuangkan air yang bercampur kurma sehingga dari luka saidina Umar r.a keluarlah air. Ia mengira yang keluar dari luka Saidina Umar r.a adalah cairan darah & nanah. Lalu menuangkan susu. Sesaat, susu itu keluar dari luka di bawah pusar. Tabib berkesimpulan bahawa tusukan budak itu telah merobek tubuhnya.
Ia lalu berkata, “wahai Amirul mukminin, berwasiatlah.
Aku yakin kalau tidak hari ini, pasti besok engkau akan meninggal.” 

Saidina Umar menjawab, “Engkau benar. Andai sahaja engkau tidak mengucapkan yang seperti tadi, pasti kau telah berbohong. Demi Allah, seandainya aku miliki semua isi dunia, akan kugadaikan demi menghadap dasyatnya suatu hari saat menghadap Allah,” lanjutnya. 

Ibnu Abbas r.a berkata, “Kalau kau berkata begitu, semoga Allah memberikan balasan kebaikan bagimu. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah berdoa agar Allah memuliakan islam denganmu & kaum muslimin, ketika mereka dicekam dengan ketakutan di Mekah?
Ketika kau masuk Islam, keislamanmu membawa wibawa & kesucian.



Kemudian kamu berhijrah. Hijrahmu menjadi pembuka. Kamu pun tidak pernah tertinggal dalam peperangan yang diikuti Rasulullah s.a.w melawan orang-orang musyrik. Lalu Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan redha terhadapmu & digantikan oleh seorang khalifah, saidina Abu Bakar As-siddiq r.a. ia lalu wafat dalam keadaan redha terhadapmu. Kemudian sebagai pengganti, engkau pimpin manusia dengan baik. Denganmu, Allah membuka menaklukkan negeri-negeri sehingga mengeluarkan harta & memberangus musuh-musuh. Kemudian, Ia menganugerahimu dengan syahadah. Sungguh! Keberuntungan nyata bagimu.” 

Saidina Umar r.a menanggapi, “Demi Allah, orang yang tertipu adalah yang tertipu (dengan ucapanmu). Apakah engkau bersedia menjadi saksi atas semuanya tadi di hadapan Allah, kelak ketika bertemu dengan-Nya?” 

“Ya,” jawab Ibnu Abbas r.a. berbahagialah wahai Umar r.a. ia berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu.” Kemudian orang-orang yang berdatangan & memuji beliau. 

Tiba-tiba datanglah seorang pemuda & berkata kepadanya, 
“Berbahagialah engkau Wahai Amirul Mukminin. Kau menjadi sahabat Rasulullah s.a.w, kemudian menjadi khalifah yang adil, lalu mati syahid.” 

Saidina Umar r.a berkata, 
“Aku cukup merasa senang ketika keluar dari dunia, dalam keadaan telah melaksanakan semua tugas. Tak perlu tambahan (pujian) bagiku.” 

Ketika pemuda itu pergi, kain yang dipakainya menjulur ke tanah. Saidina Umar r.a meminta pemuda itu didatangkan kembali. Kepadanya, ia berkata, “hai anak saudaraku, angkatlah kainmu. Yang demikian lebih bersih bagi pakaianmu & lebih taqwa di sisi Rabbmu.” 

Berikutnya, rasa sakit yang dialami saidina Umar r.a bertambah parah. Dan kepayahan itu pun telah menyelimuti dirinya. Abdullah bin Umar r.a berkata, “Ayahku pengsan. Lalu kuletakkan kepalanya di atas tanganku. Ketika sedar, ia berkata, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah,’ lalu pengsan kembali. Kupegangi kepalanya dengan tanganku. Ketika sedar lagi, ia mengulangi pintanya, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah.’ Aku berkata, “Wahai ayah, apakah tidak sama saja, antara tanganku & tanah?” 

Ia menjawab, “temukan wajahku dengan tanah. Semoga Allah mengasihaniku. Kalau aku sudah mati, segeralah kuburi aku. Yang demikian adalah kebaikan yang kau segerakan bagiku, atau sebuah kejelekan yang kau lepaskan dari pundak kalian.” Ia berkata lagi, “Celakalah Umar, celakalah ibunya, jika Allah tidak mengampuninya. 

Lalu tubuhnya melemah & ia menghadapi sakaratul maut dan...Meninggal dunia menghadap Ilahi..
saidina Umar r.a dikuburkan di samping 2 orang sahabatnya, Rasulullah s.a.w & Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. 

Ya. Umar r.a telah meninggal dunia. Tetapi bayang-bayang kepribadiannya tak pernah mati. Ia telah mempersiapkan amal solehnya & darjat yang tinggi. Tilawah qurannya menemaninya di alam kubur. Demikian pula dengan tangisnya kerana takut kepada Allah swt. Solatnya melindunginya dari dasyatnya alam kubur & jihadnya telah meninggikan darjatnya. 

Ia telah berpayah-payah sebentar di dunia untuk kemudian beristirehat lama di akhirat kelak. Ia telah disebut Rasululah s.a.w sebagai salah seorang dari 10 orang yang dijamin ahli syurga. 

Bahkan dalam sebuah riwayat Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w pada suatu hari bersabda, “ketika tidur, aku bermimpi berada di syurga. Aku melihat seorang perempuan berwudhu di samping sebuah istana. Aku bertanya, “milik siapakah istana ini?” Dijawab, “Milik Umar r.a.” lalu disebutkan kecemburuannya & aku lari daripadanya.” Saidina Umar r.a lalu menangis & berkata, “Apakah kepada engkau aku cemburu, wahai Rasulullah s.a.w?” 

Inilah teladan orang-orang yang soleh. Mereka meyakini datangnya ajal, bersiap-siap menghadapinya setiap waktu.

Friday 4 October 2013

Golongan Ghuraba'

From Abu Hurairah RA, he said : Rasulullah SAW said: "Islam was strange when it began and will one day be strange again..
Blessed are the ghuraba' (those strange people)

H.R. Muslim


Intisari Hadis :

Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita.

Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah.
Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;"Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. 

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba' (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba' ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak.

Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud;
"Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku". 

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w. 


Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: 
"Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman".