Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 31 October 2013

Jangan jolok sarang tebuan

Di sebuah bandar kecil,tinggallah seorang pemuda bernama Johan. Johan merupakan seorang budak yang nakal dan sering mengganggu ketenteraman bandarnya. Aduan daripada masyarakat mengenai tindak tanduknya sudah biasa didengar oleh datuk bandar tersebut. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendungnya tetapi dia tidak pernah serik.

Johan mempunyai ibubapa yang sentiasa menegur tingkah lakunya namun dia masih dengan perangai hantunya. Sehinggakan ibubapanya sudah tidak tahu berbuat apa lagi. Perangainya sudah menjadi kebiasaan penduduk bandar tersebut. 

Selain mengganggu ketenteraman,Johan juga suka mengurat wanita yang cantik tidak kira sudah berkahwin ataupun tidak.Kaum hawa bandar tersebut sentiasa berwaspada malahan ada yang tidak mahu keluar rumah kerana asyik diganggu malahan hampir dicabul kehormatan mereka.

Suatu hari,seorang pengembara bernama Hunt sampai ke bandar tersebut dalam keletihan setelah berjalan jauh.Dia bertanya kepada orang kampung di mana dia boleh mencari datuk bandar. Setelah mendapat arah ke rumah datuk bandar,dia segera meluru ke destinasi.Setelah sampai,dia berjumpa dengan datuk bandar atas niat mendapat izin untuk tinggal di sini. Datuk bandar berasa kagum dengan komited Hunt dalam mencari keizinan daripada 'tuan rumah'.Beliau mengizinkannya.Kemudian beliau meminta biodata penuh Hunt. Beliau terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hunt merupakan anggota pasukan askar elit berpangkat  Mejar Kehormat. Namun Hunt ingin merahsiakannya kerana tidak mahu timbul kekecohan.Beliau bersetuju. 

Suatu hari,semasa Hunt sedang membeli barangan keperluan,kedai tersebut telah dirompak oleh Johan dan kumpulannya.Johan mengacukan parang ke arah Hunt dan mengugut akan mencederakannya sekiranya dia tidak bekerjasama. Pada mulanya Hunt menurut kata-kata Johan tetapi Johan cuba menetak Hunt. Akibatnya Hunt telah menumbuk Johan. Johan terbaring. Rakan-rakannya cuba menyerang tetapi berjaya dipatahkan oleh Hunt. Setelah beberapa minit pergelutan,akhirnya Johan dan rakannya kalah dan diikat oleh Hunt.Datuk bandar turun melihat kejadian tersebut.

Datuk bandar : Hunt,apa yang berlaku?
Hunt : mereka cuba merompak tetapi saya berjaya patahkan cubaan mereka.
Datuk bandar : Bagus. Johan pasti terima padahnya.Sebelum ini,inilah pekerjaannya. Ramai sudah lali dengan perangainya. Mereka tidak patut cari pasal dengan askar elit.

Selepas hari itu,Hunt menjadi ketua pengawal bandar tersebut dan sentiasa berwaspada dengan cabaran mendatang.Johan dan rakannya dihadapkan ke mahkamah tinggi kerana cuba menyerang penjawat awam dan pelbagai kesalahan lain.

p/s : Jangan jolok sarang tebuan kelak nanti terima sengatannya.

No comments:

Post a Comment