Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday 27 September 2015

Aku nak apa sebenarnya?

Assalamualaikum, yeah bertemu lagi kita disini. Di blog yang tak seberapa ni,entah menarik atau tak segala yang aku buat ni kan. haha





Tapi aku bukan nak cakap mahupun taip berkenaan dengan tu,sebab orang nogori ada berkata, 'Maleh boto den nak koba eh'. Haaaamek kau. Telor nogori paling pekat yang aku boleh sebut,hohohoo.. (asalnya aku ni keturunan jawa.tapi bab cakap jawa tobat la haii x ghoti)




Mostly orang percaya kan bahawa seringkali kita berasa gusar dan bimbang tentang masa hadapan yang kelam. Amboi ayat haha. Taklah kelam sangat,cuma kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya.Ada banyak kemungkinan kita tak mampu nak faham tentang diri kita. Dan aku pun tergolong jugalah dalam masyarakat macam ni. Sejujurnya,soalan paling berat ditanya ialah pasal nak sambung belajar kat mana. Aku tak kisah pun nak sambung belajar kat mana-mana.Mostly aku sendiri tak tahu aku nak jadi apa bila besar nanti. Dan sejujurnya aku tak tahu aku minat apa. Rasa macam kosong je tak berisi. Dan seriously aku tak ambil sebarang dadah ok. Sebab biasanya yang rasa kosong2 tak bersebab ni memang ada benda tak kena. 


Pendekkan ceritanya, life aku sekarang ni macam buat benda yang sama je. Kau rasa macam kau disisihkan daripada semua. Orang taknak layan kau macam diorang layan bff diorang. Tapi maybe aku ni je yang tak pandai berkawan (bersangka baik). Dalam kelas aku mana perform, bukannya best students pun. Cuma aku banyak buat kerja lain daripada kerja akademik. Banyak kali dah cikgu tegur pasal aku. Mana tidaknya,semua dah harapkan aku nak buat semua kerja,yang lain lepas je tangan. Assignment berlambak,jurulatih lagi, pemimpin pelajar lagi. Haih. Di usia yang tak berapa nak tua sangat nilah aku dah pegang banyak tanggungjawab. Aku bukannya jenis suka hangout dengan kawan, malahan kalau kawan ajak hangout pun diorang mesti 2 3 kali fikir.


Jadi aku nak tanya diri aku la,dan korang boleh tanya diri korang. Korang nak apa dengan life korang? Ke nak jadi macam life aku yang membosankan ni? Yang tak tahu apa minat dan kemahuan sendiri. Dan terpaksa korbankan kemahuan sendiri demi kepentingan orang lain. Sanggup tak nak study jauh-jauh sebab fikir pasal abah, Sanggup tak pergi event antarabangsa sebab nak beri ruang pada anak murid nak pergi. Dan sanggup untuk bersendirian dalam bilik tanpa kisahkan orang lain?

Sunday 31 May 2015

Apa itu Gabungan Skil

Assalamualaikum,

Saya baru-baru ni ada jugalah memberikan banyak idea bagaimana kita mahu mengurangkan kadar pengangguran di negara. Sebagai pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Ekonomi dan Sejarah, saya mengenali banyak formula yang untuk mengira kadar pengangguran sesebuah negara dan pelopor ekonomi terkenal iaitu Adam Smith (Bapa Ekonomi Dunia). 


Baiklah begini, 

Gabungan Skil ialah suatu konsep dimana kita menggabungkan pelbagai skil berbeza menjadi satu. (Sebenarnya saya masih tak tahu nama yang sesuai untuk konsep ni)

Seperti contoh :

Sesebuah negara mempunyai kapasiti penduduk sebanyak 3 juta, namun hanya 2 juta sahaja penduduk yang bekerja setelah ditolak dengan tenaga buruh yang tidak mampu bekerja. Hal ini boleh menyebabkan kadar pengangguran boleh meningkat. 


Gabungan Skil membolehkan seseorang itu berfikir secara luas dalam membuat keputusan terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat. Seiring dengan pembelajaran abad ke 21, segala perkara yang biasa kita buat hendaklah ditransformasikan menjadi luar biasa. ( Pendek kata, kelapa takkan nak dibuat air sahaja,mestilah ada benda lain juga yang perlu dibuat seperti jeli kelapa, ice blended kelapa, karipap kelapa, gula kelapa. Sodap bhai)


Situasi 1 :

Khuzir merupakan graduan UiTM Diploma Teknologi Maklumat. Pointer beliau taklah sebagus mana. Cuma 3.00 saja. Beliau sudah cuba menghadiri temuduga di syarikat-syarikat namun ditolak. Beliau akhirnya ditawarkan sebuah pekerjaan sebagai tukang jahit. Sesudah memahiri skil menjahit, beliau merasakan bahawa skil IT beliau tidak digunakan langsung. Dengan pendekatan Gabungan Skil, beliau telah membuka kelas menjahit secara dalam talian. Malahan sering dijemput untuk menghadiri kursus jahitan di seluruh negara. Gaji beliau 3 kali ganda berbanding juruteknik IT dan tukang jahit.


Situasi 2 :

Aina seorang formen sebuah bengkel kereta sendiri. Beliau merupakan seorang bekas penuntut UPM Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa. Menurut pengalaman beliau, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan di syarikat kerana bersaing dengan penuntut lain. Atas nasihat ayahnya,beliau mewarisi perniagaan ayahnya iaitu menjadi mekanik. Setelah mengikuti kursus automotif , beliau melihat bahawa perniagaan ayahnya merupakan tiket untuk mempraktikkan ilmunya semasa di UPM dulu. Dan kini, Aina mempunyai syarikat mekanik sendiri di seluruh dunia.


p/s : Ilmu yang kita ada,kita janganlah sia-siakannya. Kita boleh gunakannya sebagai satu wadah menjana pendapatan dan membawa nama negara ke seluruh dunia.



Tuesday 26 May 2015

Pengawas Sekolah Gengster

'Bro, bawa rokok tak?' soal Haziq

'Bawa, kita nak berasap kat mana ni?' soal Hisham, kawan kepada Haziq.

'Aku rasa baik kita berasap kat belakang blok F. Terpencil sikit. Jarang orang lalu.', kata Haziq.

Hisham hanya mengangguk tanda setuju. Maka mereka memulakan langkah mereka menuju ke belakang blok F. Hisham dan Haziq merupakan pelajar yang bermasalah. Mereka seringkali melanggar peraturan sekolah. Malahan beberapa kali mereka ditangkap kerana sering ponteng kelas. Guru disiplin pula sudah jemu melihat muka mereka setiap hari. Guru disiplin juga sudah malas untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap mereka berdua kerana mereka tidak pernah serik.

'Wah akhirnya dapat juga melepaskan gian.', kata Hisham

'Betul tu, aku rasa best je pekena John White ni', kata Haziq

'Weh,kau nak lepak mana nanti? Aku malaslah nak duduk perhimpunan' kata Haziq sambil mengeluh.

Hisham hanya menjawab, 'kita lepak tempat biasa la',

Haziq hanya memberi isyarat setuju saja selepas mendengar jawapan. Maka mereka menuju ke tempat lepak kaki ponteng kelas. Di situ,mereka bertemu dengan ramai pelajar yang ponteng kelas juga. Tapi apa yang berlaku amat memalukan. Selang dalam perjalanan menuju ke tempat lepak, mereka secara tiba-tiba ditepuk dari belakang. Bila ditoleh, seorang pengawas tingkatan 6 yang menepuk mereka.

'Kau orang fikir nak ke mana? Nak melepak ek', soal pengawas itu yang diberi nama Firdaus.

'eh mana ada. nak g tandas saja', jawab Hisham terketar-ketar.

'Ah jangan nak menipu. Aku dah tengok kau orang merokok kat blok F tadi. Kemudian kau orang nak lepak kat belakang ni supaya lari daripada perhimpunan la kan. Jangan harap kau boleh pergi. Sekarang kita nak pergi cara baik atau cara tak baik. Cara baik,kau orang pergi perhimpunan tanpa nama dicatat. Cara tak baik pula, kau orang pergi perhimpunan tapi nama kau orang disebut oleh guru disiplin, kau akan dirotan di hadapan semua orang kerana ponteng kelas dan merokok dalam sekolah.', ugut Firdaus.

Memikirkan keadaan yang mereka takkan selamat, maka mereka memutuskan untuk memukul Firdaus. Namun tindakan pantas Firdaus dalam menangkis serangan mereka membuatkan mereka rebah sambil menahan sakit. Kemudian Haziq cuba menumbuk Firdaus namun Firdaus berjaya menarik telinga kanan Haziq membuatkan Haziq meronta-ronta agar telinganya dilepaskan.

'Kau dah serang aku, kau nak cara jahatlah eh? Ok baiklah.', kata Firdaus

Firdaus kemudian menarik telinga Hisham dan membawa mereka ke tapak perhimpunan secara paksa. Guru disiplin terkejut dengan tindakan Firdaus yang membuat begitu. Lantas beliau bertanya, 'Daus,kenapa kau tarik telinga budak ni',

Firdaus hanya menjawab 'Ini sahaja cara untuk menghentikan mereka. Mereka merokok di belakang blok F, cubaan untuk ponteng dan memukul pengawas.'

Guru disiplin menunjukkan isyarat bagus dengan tindakan Firdaus itu dan menyuruhnya untuk membawa pelajar tersebut ke hadapan. Pengetua yang sedang menyampaikan ucapan kepada semua pelajar, dengan serta merta mengisytiharkan bahawa Haziq dan Hisham dibuang sekolah kerana kes salah laku yang berat.

Lantaran itu, penurunan kes salah laku pelajar juga menurun secara drastik. Ini kerana pengetua telah memberi mandat kepada pengawas sekolah untuk menghukum pelajar yang mempunyai kes salah laku. Hasil tindakan Firdaus, pelajar lain takut untuk melanggar peraturan sekolah 

Tuesday 14 April 2015

Cintailah aku selepas lafaz ijab kabul mu



      Dua orang remaja berlainan jantina, berjalan bersama menuju ke kampus mereka. Cuaca panas yang membahang membuatkan kedua-dua remaja tersebut kelihatan berpeluh dan tercungap-cungap. Namun semuanya tidak dihiraukan kerana itu merupakan nikmat Allah yang tak ternilai. Ada yang tidak dapat merasai panasnya matahari.

      "Abang,sekarang pukul berapa?", soal si zaujah yang diberi nama Ainul Mardhiah. Si zauj yang bernama Fatih melihat jam G shock di tangan kanannya. "Sekarang baru pukul 1 petang. Sekejap lagi nak masuk Zuhur.", jawab Fatih selamba. Ainul Mardhiah dan Fatih merupakan pasangan suami isteri yang menuntut di sebuah kolej yang sama iaitu Kolej Islam As-Syabab. Ainul Mardhiah mengambil jurusan Diploma Kaunseling Islam manakala suaminya pula mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Mereka melangsungkan perkahwinan selepas Fatih menduduki peperiksaan STPM. Dan atas dasar ihsan Allah dan ibu bapa kedua-dua belah pihak,mereka bernikah juga akhirnya.

      "Sebelum balik rumah,singgah pusat Islam dulu boleh?", soal Fatih. Ainul Mardhiah hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya itu. Maka mereka berjalan menuju ke pusat Islam. Secara tiba-tiba, Ainul Mardhiah secara tidak sengaja tersepak batu mengakibatkan kakinya terseliuh. "Ainul okay tak?", tanya Fatih dalam keadaan cemas. Ainul Mardhiah menjawab, "Ainul okay. Cuma tak dapat jalan elok lah.". "Marilah abang dukung Ainul.", kata Fatih. Tanpa berlengah, Fatih meletakkan tangan Ainul Mardhiah di bahunya dan secara perlahan mengangkat Ainul Mardhiah. Cuaca panas yang menikam tidak mematahkan semangat Fatih untuk mendukung isterinya itu.

      "Abang, hari ini Ainul rasa bahagia sangat. Ada hikmah Allah tetapkan Ainul untuk terseliuh hari ini. Sebab sebenarnya, Ainul teringin sangat nak abang dukung Ainul. Macam Rasulullah SAW dan isterinya Saidatina Aisyah. Rasa manisnya cinta di situ.", kata Ainul Mardhiah dengan nada lembut.

      "Allah dah tunaikan permintaan Ainul hari ini. Memang ada hikmahnya atas segala kejadian yang berlaku. Dan Allah tunaikan permintaan Ainul hari ini,walaupun Ainul ni berat. Sakit belakang abang dibuatnya", gurau Fatih sambil tersengih.

      "Abang ni kan. Eeee", ngomel Ainul Mardhiah sambil mencubit pinggang suaminya berkali-kali. 

      "Aduh aduh.. haha abang gurau sajalah. Janganlah merajuk. Nanti kalau Ainul merajuk nanti, memanjang abang tak dapat makan ayam masak merah yang Ainul buat. Kalau buka kedai,mahu terlajak laris ayam masak merah Ainul tu", kata suaminya sambil tersenyum.

      Ainul hanya tersenyum terharu mendengar pujukan suaminya itu. Jelaslah bahawa suaminya itu pandai memujuk. Sentiasa sabar dalam melayan kerenah isterinya yang kuat mengomel. Ainul Mardhiah memeluk erat suaminya itu sambil berkata, "Terima kasih abang. Terima kasih sebab abang sudi menjadi suami Ainul. Sanggup terima kekurangan Ainul. Sanggup terima segalanya tentang Ainul. Bersyukurnya Ainul dapat suami yang macam abang.". Fatih hanya tersenyum mendengar segala kata kata isterinya itu. 

       Benarlah kata orang. Cinta sebelum nikah hanyalah lakonan dunia semata-mata. Jadi tak hairanlah ramai yang kecewa kerana cinta sebelum nikah. 

      

Tuesday 3 March 2015

Pengalaman menjadi guru ganti

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matured


Entry kali ini saya akan menceritakan tentang bagaimana saya boleh terjebak dalam tugasan untuk menjaga sebuah kelas menengah rendah. 


Hari itu ialah hari Jumaat. Al maklumlah semua sedang memikirkan apa aktiviti yang mahu dibuat di hujung minggu. Aku macam biasalah, sekadar membelek belek buku Sejarah, mengenangkan keputusan penggal 1 STPM yang rasanya boleh saja nak campak dalam tong sampah. Keputusannya menusuk kalbu beb. Hampir kesemuanya gagal. Umpamakan aku menghantar kertas kosong yang tak memberi apa apa makna.

Oh lupa. Cikgu-cikgu ada program Rintis Q bersama pelajar-pelajar terpilih. Dan penglibatan guru juga hampir 30 orang termasuk guru Tingkatan 6. Oleh yang demikian, pelajar Tingkatan 6 yang tak terpilih ini diberi tugasan untuk menggantikan kelas dimana cikgu-cikgunya terlibat dalam program Rintis Q. Setiap 2 orang pelajar akan diamanahkan untuk jaga kelas. Sampai pada aku,dapat kelas budak Tingkatan 4 Newton (kelas ini adalah kelas aliran sains).

"Weh, tukar kelas dengan aku weh..", kata kawanku.  Dengan angguknya tidak,gelengnya pun tidak, terpaksalah tukar kelas. Alahai.. Aku punya kecewa bagai membayar emas,dapat perak.. Tapi aku cakap dalam hati aku, 'Takpe.. Ada hikmah aku dapat kelas member aku ni'.

Kelas kawan aku tu kelas 1 Baiduri (kelas ketiga daripada enam) , apabila masuk sahaja,rasa kekok tu memanglah ada. Muka semua macam tak bersalah sahaja. Aku tahu aku gemuk (ehhh).  Dalam kelas tu, alhamdulillah semuanya mendengar kata. Bila suruh diam,mereka diam. Bila buat lawak,mereka gelak.

Bila aku dah perkenalkan diri, aku mulalah cerita mengenai pengalaman aku sewaktu aku di sekolah menengah. Di mana aku dan kawan-kawan aku mengurat perempuan atas jalanraya sambil menunggang motosikal, mengurat kakak senior dari blok sebelah, dan macam-macam lagi (kerja mengurat tu kawan aku yang buat). Kemudian aku kongsikan sedikit tips belajar cara ulama' terdahulu. Aku dah tukarkan kelas 1 Baiduri tu macam kelas motivasi. Di mana aku sebagai motivator tak bertauliah dan tak berbayar,sekadar berkongsi kisah hidup dan pengalaman semasa belajar. 

Tak cukup dengan itu,aku mengadakan kuiz bersama mereka. Dan kelihatan mereka pun seronok belajar, aku seronok mengajar. Di saat kami bergelak ketawa bersama-sama, mendengarkan kisah hantu dimana aku dikacau sewaktu di asrama dan persahabatan aku sewaktu menjalani kursus khidmat negara. Kelihatan muka muka yang takut-takut melihat aku,akhirnya mula menyukai cara aku mengajar.

Paling aku tidak lupa, apabila aku mendendangkan 2 buah lagu.. Satu lagu Mewangi - Akim & the Majistret dan lagu nasyid Sesungguhnya - Raihan.  Walaupun suara tak sedap bagaikan katak di waktu hujan,tetapi mereka masih memberikan tepukan gemuruh untuk aku. Wuuuu terharu T^T..


Sedang rancak berborak tu, cikgu pula masuk.  Walaupun hanya mampu ganti kelas selama 1 jam setengah,namun aku mencurahkan segala pengalaman aku dan tips belajar kepada mereka untuk diikuti. Walaupun taklah sehandal Dr Zakir Naik, Dato' Dr Fadzilah Kamsah ataupun motivator berpengalaman lain,namun aku sudah menampilkan yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin di masa akan datang.



p/s : Rintis Q adalah satu program di mana setiap pelajar yang berjaya skor dalam mata pelajaran akan diberi gelaran tersebut. Saya tulis bukan sebab saya riak,tapi saya tulis untuk menggalakkan lagi bakal-bakal pemimpin agar menceburi banyak ceruk kehidupan untuk menambahkan pengalaman :)