Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Saturday 27 April 2013

Pesanan ikhlas

A : weh,aku rasa kan dunia ari ni tunggang terbalik lah
B : maksud kau?
A : ye la.. sebab zaman sekarang ni yang haram ditunaikan,yang diwajibkan diabaikan..
B : tu lah.. macam-macam la zaman sekarang ni.. yang paling aku pelik kan,orang bukan islam dah mula belajar tutup aurat,orang islam pula belajar dedah aurat..
A : aku rasa la kan,kita selaku umat islam beri bimbingan untuk bukan islam yang mula berjinak-jinak menutup aurat untuk mempelajari islam.
... B : yep,macam mana lak dengan yang dedah aurat tu??
A : kita boleh nasihatkan dia,kalau mereka tak nak dengar,kita berdoa pada Allah agar pintu hati dia terbuka untuk menutup aurat kembali,dan bagi bukan islam kita doakan agar hati dia terbuka menerima islam..
B : Ameen :)

Thursday 25 April 2013

Berani atau mencari masalah??

Pagi hari yang indah,Fawaz(bukan nama sebenar) menuju ke kelas setelah mengambil buku ponteng di pejabat sekolah.Selepas meletakkan beg,dia menuju ke hujung blok bangunan kelasnya untuk meninjau keadaan di asrama.Biasanya pada setiap pagi,mereka akan membuat ro-call sebelum menuju ke sekolah.Selepas memalingkan mukanya ke arah blok sebelah,kelihatan sepasang kekasih sedang melakukan maksiat di tangga.Dengan perasaan marah dan terkejut,dia bergegas menuju ke blok sebelah dan menengking mereka berdua.Si boyfriend menyatakan bahawa itu adalah girlfriend dia.Setelah Fawaz berbincang dengan si boyfriend tentang insiden tadi,Fawaz meninggalkan mereka dan melaporkan kejadian tersebut kepada guru.

#adakah tindakan dia mengundang bahaya atau tindakan berani kerana menegakkan agama Allah dan menghalang mereka mengerjakan perbuatan terkutuk itu?? fikirkan lah..