Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 16 December 2014

Jom Silat!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menulis lagi di blog ini, walaupun kekeringan idea sering melanda. Dan akhirnya saya ada bahan untuk diceritakan juga kepada semua iaitu seni bela diri yang saya pelajari yang diberi nama Silat Cekak Pusaka Hanafi..


Silat Cekak Pusaka Hanafi ni merupakan warisan seni bela diri Melayu yang diamalkan oleh panglima-panglima istana Kedah semasa peperangan dengan Siam. Jadi secara ringkasnya, silat ini bukanlah sejenis silat pendekar tetapi ianya merupakan silat panglima. Kemudian ianya diserahkan kepada Ustaz Hanafi Hj Ahmad sebagai pemimpin agung Silat Cekak Pusaka Hanafi. Dan legasi Silat Cekak ini disambung pula oleh pewaris mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi iaitu YM Dr Hj Md Radzi Hj Hanafi.

Cekak mempunyai banyak makna :

-Makna cekak ialah ringkas dalam bahasa Jawa. Ini selaras kerana tempoh latihan bagi pengamal silat cekak pusaka hanafi hanya mengambil masa 7 bulan hingga 2 tahun sahaja.

-Makna lain ialah pegangan. Setiap pengamal silat cekak mempunyai pegangan iaitu mempelajari silat cekak bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk,bermegah-megah ataupun sombong tetapi adalah untuk mempertahankan diri,agama serta negara.

-Makna seterusnya ialah gaduh dalam bahasa Minangkabau. Silat cekak boleh dikategorikan sebagai Silat Gaduh namun bukanlah niat untuk menyertai sebarang pergaduhan tetapi untuk mempertahankan diri dalam sebarang pergaduhan.


Keistimewaan seni Silat Cekak Pusaka Hanafi :

-Silat Cekak Pusaka Hanafi tidak meniru sebarang perilaku haiwan ataupun kuda-kuda. Ianya hanya berkonsepkan berdiri lurus seperti pergerakan di dalam solat dan menunggu serangan.

-Pergerakannya adalah segerak iaitu tempoh serangannya ialah 0.01 saat. Oleh itu,musuh tidak berpeluang untuk menyerang balas.

-Pengamal Silat Cekak Pusaka Hanafi akan diajar cara untuk menangkis serangan lebih daripada seorang musuh baik tangan kosong ataupun bersenjata.

-Sesuai dipelajari oleh semua orang kerana buahnya yang ringkas tetapi padat dan padu.



Ringkasan kaedah pembelajaran :

Gerakan pertama ialah gerak hanafi. Sejenis tarian pembuka yang dipelajari oleh semua pengamal silat ini


Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :
-Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa)
-Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam)-
-Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika i'tidal)
-Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)Melalui kaedah ini, maka pesilat akan didedahkan dengan 21 buah pukulan,



Terdapat 5 peringkat pembelajaran iaitu

-Asas 
-Jatuh
-Potong
-Tamat
-Kemahiran

p/s : untuk peringkat tamat dan kemahiran,silibus tidak sama seperti peringkat asas,jatuh dan potong.

Pakaian,warna bengkung dan senjata rasmi :

Untuk pelajar peringkat asas,jatuh dan potong, mereka hanya dibenarkan untuk memakai t shirt latihan sepanjang mereka menjalani latihan tersebut.

Bagi pelajar peringkat tamat dan kemahiran pula, mereka digalakkan memakai uniform lengkap beserta bengkung.














Gambar di atas merupakan pakaian uniform lengkap bagi pengamal silat ini.

Warna bengkung terbahagi kepada 3 jenis iaitu,

-Kuning (Guru utama sahaja yang memakainya)
-Merah (Jurulatih)
-Putih (Pesilat yang baru memasuki peringkat tamat dan Pembantu Jurulatih)


Senjata rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah parang lading














Ianya diberikan kepada Jurulatih yang berkhidmat selama 10 tahun dalam Silat ini. Ukuran bagi lading ini juga sama dengan ukuran si pemakainya.


Pencapaian :

-Silat ini telah memecahkan Malaysian Book Of Record dengan menghimpunkan seramai 10,000 pesilat di dataran Merdeka pada 10/10/2010 dan dalam proses untuk memecahkan Guiness Book Of Record dengan penyertaan seramai 50,000 pesilat 

-Kelas silat dibuka di luar negara seperti Melbourne,Australia dan London,UK


Jadi apa tunggu lagi,saya cuma dedahkan sedikit sahaja mengenai persatuan ini dan kami akan terus mengangkat darjat seni silat melayu di persada antarabangsa. In sha Allah. Kami tak rugi apa-apa. Tapi sebagai orang Melayu,kita tak boleh harapkan bangsa lain untuk memartabatkan warisan kita.




Friday 5 December 2014

Video dakwah pertama

Assalamualaikum warahmatullah warabakatuh..

Di sini saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk hidup di atas dunia dan memperbanyakkan amalan

Dan alhamdulillah, berkat dorongan rakan rakan saya, saya akhirnya berjaya mencipta sebuah video dakwah saya yang pertama iaitu Penyakit Umat Islam Hari ini.

Sebagai percubaan pertama,tak banyak saya masukkan input input penting.

Tapi saya berharap juga agar ianya bermanfaat untuk semua agar tidak lagi mengulangi perkara sama.


http://youtu.be/NwVpuSKth7k


Saya ucapkan terima kasih dan syukur dalam menjayakan misi dakwah ini. In sha allah

Wednesday 26 November 2014

Musafir yang berdosa #4 (part I)

Farady : Latihanmu sudah berakhir. Saya boleh lihat kemampuan dan bakat kamu sepanjang saya mengajarmu, ya Ad Dzar.

Ad Dzar : Terima kasih tuan. Tanpa tunjuk ajar tuan,saya takkan mampu pergi sejauh ini.

Farady : Benarlah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kawanmu. Kau sememangnya berbakat besar. Tidak sama seperti orang yang aku ajar selama ni. Saya sudah turunkan seberapa banyak ilmu yang saya tahu kepada kau. Cuma ingat pesanan aku, kekerasan dan ketegasan adalah dua perkara yang berbeza. Jika ketegasan masih lagi disangkal,maka kekerasan perlu atas tujuan untuk mempertahankan diri. Ingatlah bahawa Tuhan senantiasa memberikan rahmat kepada hamba-Nya.

Ad Dzar : Tuan,saya tak tahu konsep ketuhanan. Sebab tiada siapa ajar saya mengenainya. Saya dibesarkan di kawasan yang bahaya. Kawasan itu tidak mengajarkan saya erti Tuhan yang sebenar. Apakah itu Tuhan? Siapakah Dia?

Farady : (menarik nafas panjang) , untuk apa kau menanyakan perkara sedemikian? Tuhan bukanlah manusia, mereka langsung tidak sama dengan makhluk-makhluknya. Ini kerana kau belum pernah melihat-Nya lagi. Untuk menjawab persoalanmu itu, Pernahkah kau bertanyakan siapakah yang menciptakan tanah ini? Siapa yang mampu mencipta langit dan mengapungkannya tanpa sebarang tiang? Siapa yang ciptakan malam dan siang ?

Ad Dzar hanya mampu tercengang tanda bahawa dia masih tidak memahami apa-apa. Namun dia tahu,berdasarkan apa yang dikatakan oleh Farady tadi,jelaslah bahawa ada kuasa lain yang sedang mengawal segalanya.

Farady : sejauh itu saja yang aku mampu katakan. Yang selebihnya kau akan menemui jawapannya sendiri. Dan esok,kau perlu bersiap untuk melancarkan operasi serangan ke atas kubu kuat puak militan. Aku sudah sediakan orang yang terbaik untuk membantu kau melaksanakan operasi ini. Dan kau akan mengetuai misi ini.

Ad Dzar : Ya kah tuan? Tapi adakah saya mampu untuk mengetuai operasi ini?

Farady : aku yakin kau boleh. (Dia tak ubah seperti ibunya. Walaupun diperangi,namun hatinya masih berkelumit rasa baik hati yang mendalam. Beruntungnya dia adalah anakku)

Ad Dzar : Tuan? Tuan? Ada masalahkah?

Farady : oh maaf. Aku mengelamun sekejap. Baiklah,pergilah berehat. Esok adalah hari penentuan kau.

Ad Dzar akur sahaja dengan arahan Farady. Namun dia masih terngiang-ngiangkan perkataan yang diucapkan tadi. Apakah benar Tuhan itu ada? Dia tidak mampu tidur. Puas difikirkan apa yang akan berlaku esok.Ditambah pula dengan persoalan yang tidak terungkai.

Akhirnya hari penentuan menjelang tiba, dia masih berdebar dan hanya mampu membuatkan dirinya kerdil di hadapan pasukan pasukan tenteranya yang mempunyai kekuatan seramai 7 orang sahaja.

Farady : Ad Dzar, mari aku kenalkan dengan pasukanmu.  Dari kanan ialah

            Sarjan Boyka,pakar bom.
            Staf Sarjan Frost,pakar meriam.
            Koperal Malique,pakar perhubungan elektronik.
            Sarjan Wolf, penembak hendap.
            Lans Koperal Kareem, pakar senjata berat
            Ghost, perisik dan
            Prebet Hunter, pakar serangan udara dan jentera

Ad Dzar : Kenapa hanya 8 orang saja?

Farady : Mereka bukan calang calang orang. Seorang daripada mereka berkemampuan untuk mengendalikan operasi seperti ini. Tapi saya sengaja tambahkan bilangan,kerana ianya merupakan latihan terakhir kau untuk hari ini. Mungkin antara kita takkan kembali dengan selamat. Tapi masing masing kena tahu bahawa jangan memperlekehkan orang lain. Faham tak?

Semua : Faham tuan!

Farady : Baiklah, semua bersiap sedia. Kita akan pergi ke kawasan puak militan. Samada kita menang dengan kejayaan atau kita mati kerana mencuba. Bergerak sekarang !

Maka setelah selesai semua mempersiapkan diri mereka dengan kelengkapa perang,mereka berangkat menuju ke kawasan peperangan. Sedang mereka bersiap sedia, Ad Dzar merangka sebuah strategi untuk menyusup masuk ke kawasan tersebut.

Ad Dzar : Baiklah,ini pelannya.. Mula mula aku nak Hunter dan Wolf serang hendap pos kawalan. jarak berkesan antara 300 meter. Kita tak boleh terus menuju masuk kerana kita perlukan kawalan penuh terhadap pos kawalan. Jadi,bila kita dah masuk,kita berpecah ikut 2 kumpulan,  aku,Boyka,Frost dan Ghost akan ikut jalan kanan. Yang lain ikut jalan kiri. Sebelum berpecah,pastikan korang menyamar jadi anggota militan. Dengan itu,mudahlah kita menyusup masuk. Sesudah masuk, Boyka akan pasangkan bom di kawasan yang ditandakan ini. Yang lain akan berlagak seperti kita ni adalah kumpulan militan yang ditukar syif kerja. Bila dah masuk,tunggu arahan seterusnya. Ada soalan?

Ghost : Kenapa tak letupkan saja mereka menggunakan artileri?

Ad Dzar : Kita nak jimatkan artileri. Melalui ini juga kita lebih mudah memasuki kawasan tersebut. Hunter pula,aku harapkan bahawa kau boleh mengawal serangan melalui udara. Ini adalah alat kawalan peluru berpandu jarak jauh. Bila aku berikan arahan,maka kau akan buat. okey?

Hunter : okey.

Ad Dzar : Selebihnya,tunggu arahan aku. Kita perlukan bandar itu. Demi kepentingan anak cucu aku. Dan kepentingan negara ini juga.

Maka,perjalanan yang penuh debaran ini akan menjadi titik tolak kepada semua orang. Peperangan ini akan menjadi sejarah dan mengembalikan keamanan kepada bandar tersebut. Adakah mereka akan berjaya? Apakah komander militan tersebut mengetahui mengenai kehadiran pasukan khas Ad Dzar tersebut? Segalanya akan terjawab di Musafir yang berdosa #4 (part II)

Thursday 13 November 2014

Musafir yang berdosa #3

Ad Dzar melangkahkan kakinya menuju ke destinasi yang dituju iaitu kediaman seorang pegawai tertinggi angkatan tentera bernama Farady. Dia akhirnya sampai di hadapan rumah Farady dan mula menekan loceng pintu rumah.

Beberapa minit kemudian,muncullah seorang lelaki berbadan tegap sedang membuka pintu dan melihat kehadiran Ad Dzar. Lalu beliau segera menuju ke arahnya untuk dijemput masuk.Pada awal sapaan mereka,mereka hanya memperkenalkan diri mereka sahaja dan Ad Dzar akhirnya mengetahui bahawa lelaki tersebut ialah Farady iaitu orang yang dicari carinya.

Ad Dzar : Saya sebenarnya datang ke sini untuk bertemu dengan tuan.

Farady : Ya kah? Siapakah yang menghantarmu ke sini?

Ad Dzar : Kawan saya bernama Aleppo. Ini surat yang dia kirimkan kepada saya untuk dihantar kepada tuan.

Ad Dzar menghulurkan sepucuk surat untuk dibaca oleh Farady. Farady menerimanya dan membaca isi kandungannya.

"Kepada Tuan Farady,

    Saya menulis surat ini agar tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya. Sebenarnya sebelum ini saya menghadapi kesukaran untuk hidup di dalam kawasan tempat tinggal saya kerana di sini kami sering diancam oleh sekumpulan puak militan yang sedang mengeksploitasi setiap inci bandar ini. Orang yang mengirimkan surat ini adalah salah seorang penduduk di kawasan itu. Dan saya percaya bahawa orang ini adalah bakal membebaskan kawasan kami daripada puak militan tersebut. Ini kerana beliau mempunyai bakat dalam peperangan,boleh menyelinap masuk ke dalam markas latihan mereka dan memberikan maklumat risikan mereka malahan juga saya mengetahui, bahawa dia merupakan anak tuan. Anak yang tuan tinggalkan setelah ibunya diserang oleh kumpulan militan tersebut. Anak tuan ini sudah lama hidup menderita akibat tiada kasih sayang ibu bapanya. Tapi tuan kena ingat dan berjanji,agar rahsiakan hal ini daripadanya. Kerana saya tahu dia akan menjadi seorang pejuang yang hebat."

Setelah diamati surat itu,barulah dia rasa menyesal akan dirinya yang mengabaikan anaknya itu.

Farady : Dzar,kau ikut aku pergi ke belakang rumah

Ad Dzar akur sahaja. Setelah mengikuti mereka ke belakang rumah,alangkah terkejutnya apabila melihat kawasan belakang rumah tersebut adalah kawasan latihan ketenteraan.

Farady : Mulai hari ini,aku akan ajar kau cara berperang. Kau boleh tinggal di sini. Dan ambillah masa untuk melihat sekeliling. Tapi ingat,esok adalah hari yang sibuk. Kau rasa kau dah sedia?

Ad Dzar : Sentiasa bersedia tuan. Saya berjuang demi diri saya sendiri,tuan

Sementara itu,komander militan menerima maklumat risikan daripada perisik di bandar Maghribi menyatakan bahawa Ad Dzar gagal dikesan. Oleh kerana itu,dia menangguhkan risikan terhadap Ad Dzar dan bersiap sedia untuk memulakan operasi mereka yang lain.

Akhirnya,hari pertama latihan Ad Dzar bermula. Adakah Ad Dzar berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang pejuang yang digeruni? Apakah beliau akan mengetahui bahawa Farady adalah ayah kandungnya? Apakah kejutan yang bakal diterima oleh komander militan yang bertanggungjawab membunuh Aleppo?

Episod terakhir bakal menyusul di Musafir yang berdosa #4

Tuesday 4 November 2014

Musafir yang berdosa #2

Fajar mulai menyinsing. Ad Dzar telahpun menyediakan banyak kelengkapannya untuk keluar daripada medan peperangannya itu. Walaupun hatinya masih lagi sedih untuk meninggalkan kawasan kelahirannya itu,namun dia percaya bahawa keamanan dan ketenangan yang dicarinya berada di luar kawasan tersebut.

Dia mengambil segenggam pasir dimana dia berpijak seraya berkata "Aku akan kembali untuk mencari kemenangan di tanah kelahiranku ini. Biarlah puak militan itu mati ataupun aku yang mati. Janji aku dapat membawa keamanan di sini."

Sesudah itu,dia menuju ke destinasi di mana dia akan berjumpa dengan Aleppo. Walaupun dia tahu bahaya bakal menanti apabila dia cuba untuk membawa dirinya keluar daripada medan peperangan tersebut kerana dirinya kini diburu oleh puak militan. Ini kerana Ad Dzar sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi serta kemampuannya dalam melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak. Ciri itulah yang membuatkan dia menjadi pilihan puak militan tersebut.

Sesudah sampai di sana,beliau meletakkan barang barangnya dan menunggu dengan penuh debaran. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh apabila cubaannya gagal. Beberapa minit kemudian,Aleppo datang bersama lori berisi jerami kering untuk dipasarkan. Lantas Ad Dzar melompat ke atas jerami tersebut dan memberikan isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk keluar daripada tempat itu. Aleppo terus membawa Ad Dzar menuju ke pos kawalan.

Sesudah sampai,puak militan tersebut menyuruhnya berhenti bagi memeriksa bekalan yang dibawanya. Pada masa itu,Ad Dzar merasakan debarannya semakin kuat apabila mereka hendak memeriksa jerami itu.Namun akhirnya mereka terlepas juga setelah pengawal berpuas hati dengan bekalan yang dibawa Aleppo. Dengan segera Aleppo meneruskan perjalanannya menuju ke sebuah bandar yang diberi nama Mugabe.

"Dzar,kau boleh keluar sekarang. Kita dah sampai di bandar",kata Aleppo

"Ya kah? Baguslah, aduh sakitnya belakang aku", keluh Ad Dzar

"Di sini,aku cadangkan kau untuk berjumpa dengan seorang lelaki bernama Farady.Dia tinggal di hujung bandar arah utara. Dia merupakan pegawai tertinggi anggota keselamatan negara ini. Dia orang terbaik untuk ajar kau tentang peperangan. Kau ada bakat. Sebelum tu,hantarkan surat ini kepada dia. Semoga berjaya", balas Aleppo dengan senyuman

"Ya Aleppo, semoga kita berjumpa lagi", kata Ad Dzar.

Akhirnya mereka berpisah dan menuju ke arah destinasi masing-masing. Aleppo pergi menuju ke halamannya setelah urusan dengan penjual sudah selesai namun secara tiba tiba lorinya diserang oleh sebuah roket semasa dalam perjalanan. Lorinya terbakar dan orang yang bertanggungjawab itu tidak lain tidak bukan adalah puak militan tersebut. Mengapa mereka menyerang Aleppo? Kerana mereka mengetahui bahawa Ad Dzar telah dibawa keluar daripada kawasan itu. Bagaimana? Komander militan telah mempunyai perisik di bandar tersebut dan atas maklumat perisiknya,mereka melancarkan serangan ke atas lori tersebut.

Ad Dzar menuju ke arah rumah Farady dengan membawa sepucuk surat yang diberikan oleh Aleppo. Apakah sebenarnya isi kandunga surat itu? Adakah Ad Dzar akan mengetahui tentang kejadian Aleppo yang diserang roket puak militan? Ikuti kisahnya seterusnya di #3

Sunday 2 November 2014

Musafir yang berdosa #1

"Saat kau diuji dengan kejahatan dunia,kau pasti tertanya mengapa"


Lumrah kehidupan manusia,

Ada yang disayangi,ada yang dibenci,

Namun kehidupan haruslah ditempuhi. Setiap kembara kehidupan masyarakat,setiap liku dan setiap dugaan yang dialami merupakan pengajaran yang paling pedih tetapi bermakna.

Hiasan jalan menuju keredhaan-Nya bukanlah dihiaskan dengan rumput hijau,jalan yang bertatahkan berlian dan permata malahan disambut oleh mereka yang menyanjungi kita umpama seorang selebriti di atas karpet merah. Tetapi jalannya penuh dengan kaca,paku dan juga mereka yang sentiasa membenci kita dan mengugut kita dengan pedang yang terhunus bersedia untuk menyerang kita bila-bila masa.

Kenapa ianya sepatutnya disediakan sedemikian rupa? Masih terngiang ngiang di dalam kepala dan luahan hati kecil seorang pemuda yang tidak tahu siapa dan apa asal usulnya, bernama Ad Dzar. Dilahirkan tanpa belaian ibubapanya, diajar oleh dunia untuk melakukan kejahatan. Adakah dia dirahmati oleh Tuhan? Kenapa mesti aku ya Tuhan? Dimanakah bantuan-Mu?

Gelanggang permainannya adalah kawasan peperangan. Setiap hari,dia akan mempelajari cara untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh sekumpulan pengganas militan yang mengakui bahawa mereka di jalan yang benar sedangkan hakikatnya tidaklah sepertimana yang dikhabarkan sedemikian rupa. Setiap hari,dia berjaya melepaskan diri daripada menjadi tawanan dan pujukan salah seorang anggota militan tersebut. Mengenangkan juga bagaimana rakan-rakan seperjuangannya satu demi satu ditangkap dan dijadikan hamba abdi kepada golongan tersebut. Perasaan marah dan dendam yang membara,dia bertungkus lumus untuk mempelajari cara untuk menjadi seorang pejuang yang hebat walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa yang beliau perjuangkan.

Terdetik di hatinya dengan pelbagai persoalan yang timbul iaitu "Untuk apa aku dihidupkan? Kenapa aku.."

Suatu hari,sedang Ad Dzar meninjau keadaan selamat untuknya berjalan,terdetik dalam hatinya dengan mengambil keputusan untuk pergi dari medan peperangan tersebut,namun masih memikirkan cara untuk melarikan diri daripada tempat beliau dilahirkan itu. Beberapa hari beliau membuat persediaan dan memikirkan cara yang terbaik untuk menyusup keluar daripada kawasan bergolak itu tanpa dikesan oleh sesiapa. "Macam mana aku nak keluar dari sini? Bila nak keluar nanti,ada pos kawalan pula. Bila dia nampak aku,mesti dia tak beri aku keluar",keluhnya.

Pada masa yang sama,seorang jirannya bernama Aleppo membawa sebuah trak berisi jerami kering untuk dihantar ke sebuah bandar untuk dipasarkan. Akhirnya Ad Dzar menemui jalan untuk keluar dari tempat itu. Beliau segera berjumpa dengan  Aleppo.

"Aleppo, aku perlukan bantuan kau", kata Ad Dzar,
"Apa yang kau nak aku buat?" soal Aleppo,
"Begini,aku nak keluar dari bandar ni. Aku tak boleh keluar begitu sahaja sebab kumpulan militan tengah cari aku. Kalau ditangkap,pasti akan aku dibunuh", katanya.
"Jadi apa rancangan kau? Oh tidak,kau nak aku bawa kau sehingga ke bandar dan di situ kau akan berlari untuk menyelamatkan diri kau?", soal Aleppo lagi
"Ya", jawab Ad Dzar dengan penuh gembira.
"Apa gunanya. Mereka akan periksa barang yang aku bawa ni.", tegas Aleppo lagi
"Aku tak peduli,janji aku dapat keluar hidup hidup", Ad Dzar menjawab
"Baiklah, lusa nanti jumpa aku di sini, Buat masa ni kau pantau dulu bila mereka akan bertukar pengawal ataupun masa terbaik untuk kita keluar", jawab Aleppo


Maka mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk membawa Ad Dzar keluar daripada tempat itu secara hidup hidup. Adakah mereka akan berjaya? Tunggu #2 ya 

Wednesday 29 October 2014

Geng pencegah maksiat


"Maka dengan ini,saya akan melancarkan kempen besar besaran dalam membanteras wabak-wabak ikhtilat dalam sekolah kita ini. Saya berharap agar kempen ini mampu dilaksanakan dengan sebaiknya demi menjaga maruah dan kesucian agama kita yang mengharamkan dan mencari vaksin untuk mengelakkan wabak ini daripada berjangkit"

Begitulah ucapan penuh semangat dan tegas daripada seorang pengetua SMK Syeikh Al Hadi. Pegangan beliau terhadap agama Islam sungguh kuat. Oleh yang demikian,beliau rela melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas biarpun banyak dugaan yang mendatang. Lantaran daripada ucapan tersebut,guru guru menyokong penuh tindakan berkenaan. Para pelajar pula ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Mereka tahu bahawa aktiviti mereka akan diganggu gugat kesan daripada pelaksanaan kempen ini. Malahan menurut pengetua lagi,golongan bukan Islam juga wajib melaksanakan peraturan ini. Ini kerana wabak tersebut boleh berjangkit yang berakar umbikan golongan bukan Islam dan menjangkiti golongan Islam untuk melakukan perkara sedemikian.

Razman : weh,kau setuju tak kalau kempen ni dilaksanakan?

Firuz : aku setuju sangat. Malas gila nak tengok orang lelaki dengan perempuan asyik kihkihkihkih pegang sana sini cubit sana cubit sini. macam nak lempang je.

Razman : bro,jangan marah sangat.. haha akhir zaman kan


Sesudah selesai pengetua berucap,maka pengacara majlis memberikan pengumuman "perhatian kepada nama nama berikut,sila tunggu di tapak perhimpunan. Razman Bin Saad,Firuz al Farabi Bin Khalid (serta 30 orang lain) , tunggu di tapak perhimpunan"

Kawan : habislah korang... kena sebatlah tu.. hahahahaha

Firuz & Razman : =-=*


maka 32 orang yang dipanggil itu segera tunggu dan menantikan apa akan berlaku.. Dan Ustaz Naim memanggil mereka untuk memberitahu sesuatu.

Ustaz : Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. saya panggil kamu semua bukan sebab kamu semua bersalah ya. Tapi saya panggil kamu semua sebab kamu semua akan dilantik menjadi pencegah maksiat. Berdasarkan arahan dan kempen yang diadakan mulai hari ini,tugas kamu semua adalah mengacau atau melaporkan budak budak yang dating kat tempat tempat tertentu. Saya dah lihat rekod sahsiah kamu semua. Kamu merupakan insan terpilih untuk tugas ini. Namun pesan saya,jangan beritahu sesiapa tentang operasi kamu dan selalu sembunyikan identiti kamu. baiklah bersurai.


Kawan : Aduh, Man,aku ni dahlah gabra nak kacau orang

Razman : takpe. Aku dengan Firuz boleh tolong.. keh keh keh.

Semenjak dari itu,mereka memulakan operasi mereka. Kebanyakan pelajar panas hati dengan sikap geng pencegah maksiat ini kerana asyik diganggu oleh mereka. Tak kurang pula,ada yang sampai ingin bertumbuk. Lantaran itu,geng pencegah maksiat meminta keizinan untuk menggunakan kekerasan jika perlu untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam masa setahun,SMK Syeikh Al Hadi telah diangkat sebagai zon bebas ikhtilat peringkat negeri dan dengan kejayaan itu, geng pencegah maksiat SMK Syeikh Al Hadi meneruskan operasi mereka dalam mengekalkan status zon bebas ikhtilat.

The end..

Thursday 23 October 2014

Nak kahwin pun susah ke ?


Seorang wanita mengadu kepada ayahnya,

Wanita : Abah,dah 5 tahun saya dengan bf saya tu. Dia kata nak kahwin bagai. tapi sampai sekarang tak tunaikan janji dia.

Abah : kamu kasi nombor telefon dia,abah telefon dia sekarang juga.

beberapa minit kemudian,

Bf : Hello,assalamualaikum..

Abah : waalaikumussalam, ni (nama bf) ke ?

Bf : ya saya, ini siapa?

Abah : saya abah kepada (nama gf) , saya cuma nak tanya sesuatu saja, kenapa awak berjanji untuk menikahi anak saya tapi sehingga sekarang awak tak tunaikan?

Bf : maafkan saya pakcik.. sebenarnya saya ni masih lagi belajar. Kalau saya nikah dengan dia sekarang,nanti nak bagi dia dan anak anak makan apa nanti? Saya juga masih bawah tanggungan keluarga ni ha.

Abah : saya tak kisah pasal tu,tapi adakah kau betul betul sukakan anak saya dan serius ingin menikahinya?

Bf : sudah tentu,saya mahukan kebahagiaan juga di sisinya. Saya sejak bercinta dengan dia,saya sangat tak tenteram. Pelajaran saya juga semakin lama semakin merosot.

Abah : Tak mengapa,saya dah restui hubungan kamu berdua tapi dengan syarat kamu datang meminang anak saya. Mas kahwin kita boleh bincang. Tak perlu hantaran,tapi kalau kamu tak hafal al quran dan fardu ain,boleh belajar dengan pak cik. Pak cik dah lama tunggu sejak dari zaman Parameswara lagi. Jangan sampai pakcik jadi Jebat derhaka udah le. Tunggu korang nak halal punya pasal.

Bf : *gulp.. er.. haha in sha allah.. saya cuti sem minggu depan.. mungkin saya akan datang meminang.

Abah : cepat sikit datang tu,jangan tunggu lama lama , nanti lama lama dia diambil orang..

Monday 8 September 2014

Ku bertemu kekasih hatiku

Assalamualaikum...

Al Jamaaaahhhh,... Alhamduuuuulillaaahhh

Post paling istimewa bagi saya,. kerana apabila saya sudah mula mengorak langkah untuk mencintai seseorang.

Memang setiap manusia dianugerahkan sifat sayang dan kasih sesama makhluk,ianya bergantung kepada manusia itu sendiri bagaimana membentuk satu nilai kasih sayang yang suci dan diredhai oleh Allah SWT.

Sebagaimana juga semua orang,saya bertemu dengan seorang nisa (wanita) yang cukup menambat hati saya. Asalnya saya sedar bahawa mungkin ianya mainan syaitan dan lambat laun ianya akan hilang mengikut peredaran masa. Namun saya juga diingati bahawa setiap masa saya akan terbayang wajahnya yang bersih itu.Beliau bagaikan suatu penerang hidup bagi saya dan yang paling hebat sekali,dia merupakan rakan sekelas saya.

Perilakunya dan pekertinya umpama muslimah sejati. Oleh kerana itu,saya takut mengorak langkah lebih jauh kerana saya menghormati beliau. Ada kalanya saya cemburu sedikit apabila dia melayan lelaki lain,dan kadang kala juga saya sedih apabila sehari tidak bertegur dengannya.

Apa yang sedang berlegar dalam fikiran saya hanyalah wajahnya yang bersih. Perwatakannya yang tidak dibuat-buat dan ketekunannya dalam pelajaran benar-benar menambat hati saya. Saya percaya ramai juga yang ingin bersamanya namun saya berdoa agar dia boleh menjadi seseorang yang istimewa buat diri saya

Semuanya ini tidak saya luahkan kepadanya. Umpama teman biasa,saya berlakon untuk menyembunyikan perasaan saya kerana saya tahu apabila diluahkan terlalu awal,maka ianya akan putus di tengah jalan.Jadi diamkan sahaja kerana ianya lebih baik.

Segala peribadinya saya cuba dalami.. Antaranya  dia tak suka makan pedas,lelaki yang merokok,pasangan bermesra2 depan dia.. antara yang dia suka ialah dia suka lagu nasyid berkenaan cinta,suka warna pink,hijau dan banyak lagi.

Sebaik-baik perancang adalah Allah.. moga dialah bakal makmum saya.. in sha allah

Tuesday 2 September 2014

Apabila saya berta'ruf..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera... Salam Satu Malaysia!!!

Banyak betul blogger-blogger yang buat macam macam aktiviti segmen dimulai dengan perkenalan dan sebagainya..

Tapi saya tak mewakili mana mana segmen. Bukan sebab saya malas,tapi saya cuma blogger yang susah betul nak menaip setiap satu perkataan berdasarkan tajuk segmen tersebut(ayat cover.. muhehehe)

Tapi sedikit ta'ruf dari saya, agar kita boleh bertukar-tukar fikiran.. dan blogger-blogger lain juga tak anggap saya ni sombong dan suka buat hal sendiri. Sebab traffic blog saya pon cipot je.. kuang3..

Nama saya Muhammad Fairus Bin Mohd Sam.. Mula menulis blog pada 2010.. Asalnya menulis blog sekadar suka suka,tapi atas dorongan blogger lain,ianya diubah menjadi blogger yang menyampaikan input penting untuk generasi Y hari ini

Umur baru 17 naik 18 (birthday saya bulan 10).. Tinggal di Port Dickson,Negeri Sembilan. Saya sekolah di SK Panglima Adnan. Kemudian sambung di SMK Bukit Saujana (sekolah ni boleh dikatakan jiran sebab sebelah sebelah je),Form 4 saya sambung di Kolej Vokasional Port Dickson kursus pengaturcaraan komputer. Dan akhirnya kembali ke SMKBS sebagai pelajar Tingkatan 6. (Asalnya saya memang dapat politeknik di Muadzam Shah tapi saya tolak sebab jauh serta kos sara hidup lagi. Kursus sama di KV tapi tak apalah kannnn)

Saya suka sastera(sastera yang tiada unsur cinta zaman sekarang).. Bukan apa,kadang kala bila saya baca sastera sedemikian,saya tak dapat banyak input positif. Bukan saya mengkritik tetapi ikut pandangan saya,semakin ramai anak remaja terikut ikut dengan watak fiksyen sastera jenis ini.

Saya juga gamers.. cuma tak berapa nak aktif sangat bermain game. Saya suka game Counter Strike,Call of Duty,Dota,MAT dan sebagainya(prefer kepada game perang).. Saya juga main sukan outdoor antaranya bola tampar. (Pernah wakil sampai peringkat negeri tapi tewas dengan Dato' Mansor School)

Bagi saya setakat itu sajalah pendedahan sedikit tentang diri saya

p/s : asalnya saya tak berani dedahkan maklumat peribadi kepada semua,sebab saya ni kan sentiasa berhati hati. Kira semua bersyukurlah sebab saya dedahkan diri sikit dalam dunia blog :D

Thursday 28 August 2014

Mulianya secebis keinsafan

Seorang peragut telah ditangkap ketika sedang meragut beg seorang lelaki menggunakan motosikal. Peragut tersebut dikejar secara beramai ramai oleh orang awam sebelum mereka menangkapnya. Peragut tersebut telah diikat dengan tali dan dibelasah oleh orang awam yang menangkapnya. Kebetulan dua orang polis dan seorang polis tentera yang melakukan rondaan di kawasan tersebut meninjau keadaan orang awam yang berkumpul beramai ramai di situ.

Polis 1 : Apa yang berlaku di sini?
Orang Awam : Encik,kami berjaya menangkap seorang peragut. Sekarang kami serahkan kepada encik untuk tindakan selanjutnya.
Polis Tentera : Baiklah,semua boleh bersurai sekarang. Kecuali mangsa ragut dan peragut sahaja. Yang selebihnya serahkan kepada kami.

Masing masing akur dengan arahan polis tentera tersebut lalu berpusu pusu meninggalkan tempat tersebut. Sesudah itu,mereka menyoal siasat peragut tersebut.

Polis 1 : kenapa kau meragut ?
Peragut : saya ni perlukan duit.
Polis 2 : kau sedar apa kau buat ni? kau nak beli apa? dadah? rokok? langsaikan hutang?
Peragut : Bukan macam tu encik..
Polis 2 : habis tu apa?
Peragut : saya sebenarnya...
Mangsa : Sebenarnya apa ?
Peragut : sebenarnya saya dah beberapa hari tak makan. saya cari jalan nak beli makanan. akhirnya saya meragutlah. Saya tiada cara lain.. Saudara saudara saya semua abaikan saya. Mereka anggap saya ni sampah masyarakat hanya kerana saya ni tiada ibubapa. Saya hidup seorang diri saja. Saya tiada kelayakan untuk bekerja..  *mengalirkan air mata*

Kemudian polis tentera tersebut meninggalkan tempat itu. Peragut tersebut tertanya-tanya mengapakah dia meninggalkan tempat itu.Beberapa minit kemudian,dia datang bersama sebungkus makanan di dalam polisterin dan sebungkus air teh o ais.

Polis tentera : nah makan dulu. selepas ini kami akan bawa kau ke balai. Tapi sebelum tu,aku nak kau minta maaf kepada mangsa ni dulu.
Peragut : maafkan saya puan. Saya tahu saya salah. Saya ni cuma sampah masyarakat saja.
Mangsa : tak mengapalah. Manusia buat kesilapan. Bukan kerana kau sampah masyarakat,cuma kau tak sedar kau lebih tabah berbanding orang lain. Aku dah maafkan kau.
Peragut : terima kasih sangat sangat. *terharu* rupa rupanya masih ada lagi insan yang baik di muka bumi ini. Semoga Allah membalas budi baik awak semua.
Mangsa : sama sama. Eh makanlah.. nanti sejuk makanan tu,tak sedap pula.

Selepas peragut tersebut selesai makan dan minum,akhirnya dia dibawa ke balai dengan hati yang tenang menghadap hukumannya kerana dia tahu,setiap orang dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan.Jadi dia ingin menerima hukuman kerana meragut. Semenjak dari itu,dia tidak lagi menjadi seorang peragut setelah menjalani hukuman. Dia akhirnya pergi menghadap Ilahi dengan keinsafan dan budi baik yang diterima semasa dia berada di dunia.

The End :)

Friday 6 June 2014

Tips berguna untuk menguasai ilmu

  Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.. 

Setelah sekian lama menyepi,.. kerana SPM,PLKN dan banyak lagi..

Dan alhamdulillah saya berjaya menempuh segalanya,.. tanpa bantuan dan izin daripada Allah SWT,saya tidak mampu pergi sejauh ini. Dan permasalahan juga banyak timbul terutama sekali apabila tidak mendapat tawaran daripada mana mana universiti tetapi syukur juga kepadaNya,saya kini belajar di Tingkatan 6 di sekolah lama saya iaitu SMK Bukit Saujana.

Form 6 sekarang dah pakai baju bebas.. tiada lagi baju sekolah.. terima kasih kepada kerajaan Malaysia dalam program memperkasakan tingkatan 6.


Tetapi bukan itu saya mahu cerita. Saya mahu bercerita bagaimana untuk kita membuat persediaan dalam mengulangkaji pelajaran. Tips ini saya ingin kongsi dengan semua orang. Tak kira yang mahu ambil peperiksaan sekolah ataupun universiti. Baca buku tebal tebal tapi fahamnya pun tidak tak berguna juga.


Tips 1 ~> Fahamkan setiap kata kunci penting 

Dalam setiap buku buku tebal yang bakal membunuh kita,lebih baik kita mencari kata kunci yang penting sahaja. Tak perlu serabut nak baca sampai habis kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk kita memahaminya. Kalau berjam jam tidak apa. Kalau berhari hari? menjenuh nak hafal.

Tips 2 ~> Buat 'nota sendiri'

Orang kata nota sendiri mesti buat ikut orang biasa buat.. mulanya dari tengah,kemudian bercambah cambah dan menulis poin penting pada rantingnya. Ini nota paling berkesan yang selalu dianjurkan oleh pakar kaunselor dan pakar motivasi. Saya tak kata salah okay. Tetapi apa kata kita menggabungkan nota kita itu dengan bakat kita yang tersendiri. Saya yakin ramai antara kita suka melukis manga dan mewarna. Baiklah begini..

-Konsep sama seperti nota 'brain' iaitu nota yang dianjurkan oleh kaunselor dan pakar motivasi, kat tengah tengah kita lukis watak yang ada kaitan dengan topik itu. Contohnya seperti topik berkenaan elektrik. Di tengah tengah lukis watak juruteknik. Digalakkan lukis secantik mungkin kerana nota itu akan jadi lebih menarik.

-Pemilihan warna sangat penting bagi yang suka mewarna. Topik berkenaan elektrik kebanyakannya menggunakan warna kuning sebagai warna utama. Selain itu boleh juga ditambah warna warna lain yang bersesuaian. Dan bagi yang sukakan background tak mahu lukis manga,juga boleh dipraktikkan.

Tips 3 ~> membaca sambil bersyair/nada berlagu

Tak nak melukis manga sebab tak pandai? Boleh sahaja membuat nota biasa. Seandainya cara fahaman kita tidak betul,baik ubah cara itu.Selalunya kita membaca sahaja tanpa membuat perkara lain. Sesetengah boleh berbuat begitu,sesetengah tidak boleh. Bagi yang tidak boleh ini,cuba alunkan nota nota itu dengan nada lagu. Seperti contoh :

Do you want to build a snowman. 

Julius Caesar dibunuh Pompeii.  <-- nada lagu frozen

Menarik bukan? study smart & hard , in sha allah boleh :D

Tips 4 ~> membaca sambil berimaginasi

Cikgu selalu mengadu ada pelajar pelajar suka sangat berangan terutama sekali ketika waktu belajar. Haa tips ni jangan guna waktu belajar kalau anda tak mahu balik sekolah muka melekat dengan kasut. Tips ini sebaiknya guna waktu belajar sendiri. Tetapi  saya percaya ramai yang tak mampu melakukan seperti ini. Dan kebanyakannya malu untuk diejek dengan rakan rakan. Percayalah, Isaac Newton,Albert Einstein,Bill Gates dan ramai lagi menggunakan imaginasi untuk menjawab hukum alam. 

Tips 5 ~> banyakkan berdoa,merapatkan silaturahim dan paling penting sekali,contohi sarjana Islam

Kenapa saya kata begitu?

-Sebabnya kejayaan yang tidak diredhai adalah lebih hina daripada kegagalan dengan penuh kehormat.

Apa kaitan antara pelajaran dan silaturahim? 

-Doa orang yang dizalimi makbul serta merta. Direct kepada Allah tanpa sebarang tapisan. Jadi janganlah menyakitkan hati orang lain. 

Kenapa sarjana Islam dititikberatkan berbanding sarjana barat?

-Kalau baca sejarah,sebenarnya sarjana Islam dahulu yang muncul sebelum sarjana Barat. Tetapi kita zaman sekarang mengagung-agungkan sarjana Barat sedangkan sarjana Barat belajar dengan sarjana Islam. Dan lagi satu,sarjana Islam hafal 30 juzuk al quran dalam kepala mereka. Sebelum mereka menuntut ilmu fardu kifayah,mereka menguasai ilmu fardu ain.

Siapa kata belajar susah? sebenarnya senang sahaja kalau kita dah tahu teknik teknik nya. Cuma ingatlah bahawa saya bukannya pakar,saya cuma penyampai ilmu  ^_^