Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 16 December 2014

Jom Silat!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menulis lagi di blog ini, walaupun kekeringan idea sering melanda. Dan akhirnya saya ada bahan untuk diceritakan juga kepada semua iaitu seni bela diri yang saya pelajari yang diberi nama Silat Cekak Pusaka Hanafi..


Silat Cekak Pusaka Hanafi ni merupakan warisan seni bela diri Melayu yang diamalkan oleh panglima-panglima istana Kedah semasa peperangan dengan Siam. Jadi secara ringkasnya, silat ini bukanlah sejenis silat pendekar tetapi ianya merupakan silat panglima. Kemudian ianya diserahkan kepada Ustaz Hanafi Hj Ahmad sebagai pemimpin agung Silat Cekak Pusaka Hanafi. Dan legasi Silat Cekak ini disambung pula oleh pewaris mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi iaitu YM Dr Hj Md Radzi Hj Hanafi.

Cekak mempunyai banyak makna :

-Makna cekak ialah ringkas dalam bahasa Jawa. Ini selaras kerana tempoh latihan bagi pengamal silat cekak pusaka hanafi hanya mengambil masa 7 bulan hingga 2 tahun sahaja.

-Makna lain ialah pegangan. Setiap pengamal silat cekak mempunyai pegangan iaitu mempelajari silat cekak bukanlah kerana ingin menunjuk-nunjuk,bermegah-megah ataupun sombong tetapi adalah untuk mempertahankan diri,agama serta negara.

-Makna seterusnya ialah gaduh dalam bahasa Minangkabau. Silat cekak boleh dikategorikan sebagai Silat Gaduh namun bukanlah niat untuk menyertai sebarang pergaduhan tetapi untuk mempertahankan diri dalam sebarang pergaduhan.


Keistimewaan seni Silat Cekak Pusaka Hanafi :

-Silat Cekak Pusaka Hanafi tidak meniru sebarang perilaku haiwan ataupun kuda-kuda. Ianya hanya berkonsepkan berdiri lurus seperti pergerakan di dalam solat dan menunggu serangan.

-Pergerakannya adalah segerak iaitu tempoh serangannya ialah 0.01 saat. Oleh itu,musuh tidak berpeluang untuk menyerang balas.

-Pengamal Silat Cekak Pusaka Hanafi akan diajar cara untuk menangkis serangan lebih daripada seorang musuh baik tangan kosong ataupun bersenjata.

-Sesuai dipelajari oleh semua orang kerana buahnya yang ringkas tetapi padat dan padu.



Ringkasan kaedah pembelajaran :

Gerakan pertama ialah gerak hanafi. Sejenis tarian pembuka yang dipelajari oleh semua pengamal silat ini


Terdapat 4 kaedah utama dalam Silat Cekak iaitu :
-Kaedah A (Diilhamkan dari kedudukan berdoa)
-Kaedah B (Diilhamkan dari kedudukan qiam)-
-Kaedah C (Diilhamkan dari kedudukan ketika i'tidal)
-Kaedah D (Diilhamkan dari kedudukan ketika mengangkat takbir)Melalui kaedah ini, maka pesilat akan didedahkan dengan 21 buah pukulan,



Terdapat 5 peringkat pembelajaran iaitu

-Asas 
-Jatuh
-Potong
-Tamat
-Kemahiran

p/s : untuk peringkat tamat dan kemahiran,silibus tidak sama seperti peringkat asas,jatuh dan potong.

Pakaian,warna bengkung dan senjata rasmi :

Untuk pelajar peringkat asas,jatuh dan potong, mereka hanya dibenarkan untuk memakai t shirt latihan sepanjang mereka menjalani latihan tersebut.

Bagi pelajar peringkat tamat dan kemahiran pula, mereka digalakkan memakai uniform lengkap beserta bengkung.














Gambar di atas merupakan pakaian uniform lengkap bagi pengamal silat ini.

Warna bengkung terbahagi kepada 3 jenis iaitu,

-Kuning (Guru utama sahaja yang memakainya)
-Merah (Jurulatih)
-Putih (Pesilat yang baru memasuki peringkat tamat dan Pembantu Jurulatih)


Senjata rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah parang lading














Ianya diberikan kepada Jurulatih yang berkhidmat selama 10 tahun dalam Silat ini. Ukuran bagi lading ini juga sama dengan ukuran si pemakainya.


Pencapaian :

-Silat ini telah memecahkan Malaysian Book Of Record dengan menghimpunkan seramai 10,000 pesilat di dataran Merdeka pada 10/10/2010 dan dalam proses untuk memecahkan Guiness Book Of Record dengan penyertaan seramai 50,000 pesilat 

-Kelas silat dibuka di luar negara seperti Melbourne,Australia dan London,UK


Jadi apa tunggu lagi,saya cuma dedahkan sedikit sahaja mengenai persatuan ini dan kami akan terus mengangkat darjat seni silat melayu di persada antarabangsa. In sha Allah. Kami tak rugi apa-apa. Tapi sebagai orang Melayu,kita tak boleh harapkan bangsa lain untuk memartabatkan warisan kita.




No comments:

Post a Comment