Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Friday 28 December 2012

Kami pemuda.. bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kami 3 orang pemuda berkenalan sejak kecil.Pertemuan kami bermakna kerana kami percaya Allah telah aturkan rancangan untuk kami bertemu.Kami berkongsi kisah sedih,gembira,kejayaan malah kisah cinta hanya kepada kami bertiga.Sekian lama kami menjalin hubungan persahabatan,kami juga berjanji agar jangan bersedih sekiranya kami telah berpisah dan membawa haluan masing-masing.Kerana janji Allah itu pasti.Rencana-Nya sentiasa tepat.Jadi itulah kami.Walaupun berbagai kerenah semasa persahabatan,namun kami menerimanya dengan hati terbuka.Kami pemuda Islam,. berdakwah bersama,bermain bersama dan yang pasti,kenangan kita pasti sama dan kita akan bersama lagi di Syurga-Nya.. Insyaallah

Friday 5 October 2012

Air mata keinsafan hanya kerana seekor kucing

Kisah ini bermula 2 bulan sebelum aku menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),kira lebih setahun sudah berlalu namun aku masih mengingati kisah tersebut.Allah memang faham sifatku dalam mengasihi makhluk ciptaan-Nya.Dalam perjalanan balik,aku telah menemui seekor anak kucing.Sungguh kasihan kucing itu,basah kuyup dek hujan,kelaparan dan kesejukan di bawah belukar.Dimana ibunya? kenapa dia di sini? Itu yang terbayang-bayang di dalam fikiranku.Lantas aku mengambilnya dan menuju ke sekolah semula.Aku membaluti kucing itu dengan baju sekolah aku sendiri demi mengurangkan rasa sejuk pada diri dia.Namun tak berjaya kurangkan kesejukan dirinya.Pada masa itu kantin sekolah masih terbuka,jadi aku cuba membeli sesuatu untuk diberikan kepada dia.Namun itu juga tidak berjaya.Aku terpaksa meletakkan dia bersama dengan kucing lain yang berada di sekolah itu.Selepas kejadian itu,aku merasa serba salah.Patutkah aku meninggalkan kucing itu setelah aku tidak mampu berbuat apa-apa? atau patutkah aku membela dia? mak aku akan memarahi aku jika aku membela kucing mahupun haiwan peliharaan lain di dalam rumah.Wahai kucing,jika engkau ditakdirkan oleh Allah untuk aku menolong,kau sememangnya sudah tolong aku dengan menginsafkan diri aku sendiri.Maaf jika itu sahaja kemampuan aku untuk tolong kau.Jika kau pergi,kaulah saksi aku menolong kau semampu aku.


Ini bukan pekara rekaan,menitis air mata aku hanya kerana tinggalkan seekor anak kucing.
Allah memang sayangkan aku,tetapi ego aku terlalu tinggi sehingga ego aku musnah kerana seekor kucing

Monday 23 April 2012

Sendiri menanti siapa yang layak

Dalam era masa kini,budaya yang sinonim dengan masyarakat sekarang ialah budaya 'couple'.Yang sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang.Bagi yang tiada 'couple' dianggap sebagai tidak bernilai..Siapa sanggup 'couple'? Sebenarnya,budaya inilah yang menjatuhkan maruah sendiri.Tidak semua 'couple' itu haram.. Sebaliknya niat kita dan pasangan kita itu haruslah berlandaskan hukum syariah.Cinta remaja lebih kepada hawa nafsu semata-mata.. itulah sebabnya mereka sering beranggapan bahawa budaya ini demi untuk menentukan siapa lebih layak menjadi suami yang kononnya mampu menjaga hati pasangannya.. Ingatlah,itu semua kuasa Allah... Kita tidak berhak untuk melawan takdir.