Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Friday 5 October 2012

Air mata keinsafan hanya kerana seekor kucing

Kisah ini bermula 2 bulan sebelum aku menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),kira lebih setahun sudah berlalu namun aku masih mengingati kisah tersebut.Allah memang faham sifatku dalam mengasihi makhluk ciptaan-Nya.Dalam perjalanan balik,aku telah menemui seekor anak kucing.Sungguh kasihan kucing itu,basah kuyup dek hujan,kelaparan dan kesejukan di bawah belukar.Dimana ibunya? kenapa dia di sini? Itu yang terbayang-bayang di dalam fikiranku.Lantas aku mengambilnya dan menuju ke sekolah semula.Aku membaluti kucing itu dengan baju sekolah aku sendiri demi mengurangkan rasa sejuk pada diri dia.Namun tak berjaya kurangkan kesejukan dirinya.Pada masa itu kantin sekolah masih terbuka,jadi aku cuba membeli sesuatu untuk diberikan kepada dia.Namun itu juga tidak berjaya.Aku terpaksa meletakkan dia bersama dengan kucing lain yang berada di sekolah itu.Selepas kejadian itu,aku merasa serba salah.Patutkah aku meninggalkan kucing itu setelah aku tidak mampu berbuat apa-apa? atau patutkah aku membela dia? mak aku akan memarahi aku jika aku membela kucing mahupun haiwan peliharaan lain di dalam rumah.Wahai kucing,jika engkau ditakdirkan oleh Allah untuk aku menolong,kau sememangnya sudah tolong aku dengan menginsafkan diri aku sendiri.Maaf jika itu sahaja kemampuan aku untuk tolong kau.Jika kau pergi,kaulah saksi aku menolong kau semampu aku.


Ini bukan pekara rekaan,menitis air mata aku hanya kerana tinggalkan seekor anak kucing.
Allah memang sayangkan aku,tetapi ego aku terlalu tinggi sehingga ego aku musnah kerana seekor kucing

No comments:

Post a Comment