Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 3 March 2015

Pengalaman menjadi guru ganti

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matured


Entry kali ini saya akan menceritakan tentang bagaimana saya boleh terjebak dalam tugasan untuk menjaga sebuah kelas menengah rendah. 


Hari itu ialah hari Jumaat. Al maklumlah semua sedang memikirkan apa aktiviti yang mahu dibuat di hujung minggu. Aku macam biasalah, sekadar membelek belek buku Sejarah, mengenangkan keputusan penggal 1 STPM yang rasanya boleh saja nak campak dalam tong sampah. Keputusannya menusuk kalbu beb. Hampir kesemuanya gagal. Umpamakan aku menghantar kertas kosong yang tak memberi apa apa makna.

Oh lupa. Cikgu-cikgu ada program Rintis Q bersama pelajar-pelajar terpilih. Dan penglibatan guru juga hampir 30 orang termasuk guru Tingkatan 6. Oleh yang demikian, pelajar Tingkatan 6 yang tak terpilih ini diberi tugasan untuk menggantikan kelas dimana cikgu-cikgunya terlibat dalam program Rintis Q. Setiap 2 orang pelajar akan diamanahkan untuk jaga kelas. Sampai pada aku,dapat kelas budak Tingkatan 4 Newton (kelas ini adalah kelas aliran sains).

"Weh, tukar kelas dengan aku weh..", kata kawanku.  Dengan angguknya tidak,gelengnya pun tidak, terpaksalah tukar kelas. Alahai.. Aku punya kecewa bagai membayar emas,dapat perak.. Tapi aku cakap dalam hati aku, 'Takpe.. Ada hikmah aku dapat kelas member aku ni'.

Kelas kawan aku tu kelas 1 Baiduri (kelas ketiga daripada enam) , apabila masuk sahaja,rasa kekok tu memanglah ada. Muka semua macam tak bersalah sahaja. Aku tahu aku gemuk (ehhh).  Dalam kelas tu, alhamdulillah semuanya mendengar kata. Bila suruh diam,mereka diam. Bila buat lawak,mereka gelak.

Bila aku dah perkenalkan diri, aku mulalah cerita mengenai pengalaman aku sewaktu aku di sekolah menengah. Di mana aku dan kawan-kawan aku mengurat perempuan atas jalanraya sambil menunggang motosikal, mengurat kakak senior dari blok sebelah, dan macam-macam lagi (kerja mengurat tu kawan aku yang buat). Kemudian aku kongsikan sedikit tips belajar cara ulama' terdahulu. Aku dah tukarkan kelas 1 Baiduri tu macam kelas motivasi. Di mana aku sebagai motivator tak bertauliah dan tak berbayar,sekadar berkongsi kisah hidup dan pengalaman semasa belajar. 

Tak cukup dengan itu,aku mengadakan kuiz bersama mereka. Dan kelihatan mereka pun seronok belajar, aku seronok mengajar. Di saat kami bergelak ketawa bersama-sama, mendengarkan kisah hantu dimana aku dikacau sewaktu di asrama dan persahabatan aku sewaktu menjalani kursus khidmat negara. Kelihatan muka muka yang takut-takut melihat aku,akhirnya mula menyukai cara aku mengajar.

Paling aku tidak lupa, apabila aku mendendangkan 2 buah lagu.. Satu lagu Mewangi - Akim & the Majistret dan lagu nasyid Sesungguhnya - Raihan.  Walaupun suara tak sedap bagaikan katak di waktu hujan,tetapi mereka masih memberikan tepukan gemuruh untuk aku. Wuuuu terharu T^T..


Sedang rancak berborak tu, cikgu pula masuk.  Walaupun hanya mampu ganti kelas selama 1 jam setengah,namun aku mencurahkan segala pengalaman aku dan tips belajar kepada mereka untuk diikuti. Walaupun taklah sehandal Dr Zakir Naik, Dato' Dr Fadzilah Kamsah ataupun motivator berpengalaman lain,namun aku sudah menampilkan yang terbaik untuk menjadi seorang pemimpin di masa akan datang.



p/s : Rintis Q adalah satu program di mana setiap pelajar yang berjaya skor dalam mata pelajaran akan diberi gelaran tersebut. Saya tulis bukan sebab saya riak,tapi saya tulis untuk menggalakkan lagi bakal-bakal pemimpin agar menceburi banyak ceruk kehidupan untuk menambahkan pengalaman :)