Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Saturday 7 March 2015

Cerpen Resam Uthmani




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Entry kali ni,saya akan buat sedikit kelainan dalam menyampaikan mesej dan makna ayat alquran tetapi dalam bentuk cerpen ringkas. DIINGATKAN bahawa setiap cerpen adalah rekaan semata-mata. Ambillah iktibar daripada ayat al quran ini.


"Adakah manusia mengira,bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan:
Kami telah beriman, padahal mereke belum lagi mendapat cubaan?"
                                                                                 (Surah Al Ankabut,ayat 2)

"Kenapa aku seringkali gagal dalam hidup aku?", keluh seorang zaujah berusia 19 tahun bernama Ainul Mardhiah. Gelaran manjanya ialah Kara kerana beliau meminati sebuah watak kartun fiksyen bernama Kara. Beliau merupakan seorang pelajar Pra Universiti aliran sejarah dan ekonomi. Tahun ini merupakan tahun akhir beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Kasih,jadi beliau perlulah bersiap sedia menghadapi ujian STPM untuk melayakkan beliau melangkah ke menara gading.

Dalam kelas,beliau kerapkali berangan-angan sehingga tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu,beliau seorang yang agak pasif sehinggakan orang tidak dapat menjangkakan apa yang beliau akan buat. 

Sebagai seorang pengawas sekolah dan presiden kelab, beliau acapkali ditegur oleh guru guru mata pelajaran kerana masuk lambat. Namun apakan daya,beliau terpaksa membahagikan masa antara belajar dan kerja. "Aku harap aku boleh pisahkan diri aku jadi dua", rungutnya lagi. Kara mempunyai seorang rakan yang sama sifat dengannya iaitu Adawiyah. Adawiyah merupakan seorang pelajar yang berwajah ayu dan digilai rakan sekelasnya. 

"Asal ni weh? Semacam je aku tengok kau.", soal Adawiyah.

Kara hanya memandang wajah Adawiyah dengan senyuman tawar. Namun Adawiyah mampu melihat segala yang terbuku di dalam hati sahabatnya itu. 

"Baju pramasis bila mau dapat ek? Aku dah lama tunggu benda ni sampai. Janji macam macam tapi habuk pun takdak.", Kara cuba mengubah topik.

"Aku tak tahu. Cikgu kata mungkin minggu depan dapatlah kot. Btw aku tahu kau tension sebab banyak benda merunsingkan kau kan.", kata Adawiyah.

"Mana kau tahu?", soal Kara.

Adawiyah berkata, "Come on lah. Ni kawan kau. Takkan aku tak tahu apa yang merunsingkan hati kau. Aku tahu kau rasa ujian ni sangat berat untuk kau. Tapi pernah tak kau berfikir, selama ni kau ingat mungkin kau adalah manusia paling baik di muka bumi ni, tapi hakikatnya kau hanya seorang insan yang seringkali salah jalan. Allah uji kau sebab dia nak kau kembali ke jalan-Nya. Kalau kau masih runsingkan otak kau dengan benda ni, aku rekomenkan kau ambil wudhu' then solat sunat. In sha Allah kau takkan rasa terbeban",

Kara terdiam seribu bahasa. Dia terlupa bahawa Allah menguji kita sebab selama ni kita sangka kita ni beriman. Kita dah lama menyombong dengan Allah. Secara tak sedar,air mata jernih Kara mula mengalir. Adawiyah segera mengeluarkan tisu tangannya dan mengelap air mata yang jatuh. Dan menggenggam erat tangan Kara sambil berkata, "Jom kita pergi solat Dhuha", Kara hanya mengikuti sahaja tuntunan Adawiyah.

No comments:

Post a Comment