Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 26 February 2013

Kisah cinta sweet kerana Ilahi

Boy : Awak.. boleh janji dengan saya tak?
Girl : Janji apa?
Boy : Janji dengan saya,selepas kita dah capai cita-cita,kita akan bertemu lagi di sini,di tempat kita berdiri ni.
Girl : Hurm.. baiklah :)

... 10 Tahun kemudian..

Boy : ni awak ke?
Girl : entah,saya masih ingat janji saye dengan seorang lelaki bahawa dia ingin berjumpa saya di sini selepas kami berdua capai cita-cita..
Boy : Oh itulah saya.. Jadi awak kerja sebagai apa sekarang?
Girl : Saya kerja sebagai seorang pegawai kewangan.. Alhamdulillah gaji lumayan.. awak pula?
Boy : saya bekerja sebagai seorang pegawai tinggi TUDM,alhamdulillah gaji saya juga lumayan..
Girl : Baguslah jikalau begitu..
Boy : Awak.. awak tahu tak kenapa saya nak awak janji dengan saya agar jumpa di sini?
Girl : Tak,kenapa??
Boy : Sebenarnya saya sudah lama suka dekat awak,tapi saya mahu mengejar cita-cita dahulu.. saya tak tahu awak sudah beristeri atau belum.. saya cuma menyampaikan isi hati saya..
Girl : *Terharu* awak..,, saya pun suka kat awak juga.. kebetulan saya belum bersuami lagi..
Boy : *keluarkan cincin* , jadi maknanya.. sudikah awak berkahwin dengan saya??
Girl : Saya sudi awk.. *menangis terharu*

Saturday 16 February 2013

Sahabat yang misteri

Di sebuah perkampungan yang aman,terdapat 2 orang sahabat bernama Yaakub dan Hud.Yaakub adalah seorang pemuda yang aktif dan agak sasa manakala Hud pula pemuda yang pendiam tetapi tegas dan berterus terang.Mereka juga pernah mengembara bersama-sama.Pelbagai cabaran mereka hadapi.Walaupun mereka bergelar kawan rapat,Hud menyembunyikan banyak perkara dari Yaakub.Sehinggalah suatu hari,mereka dituduh melakukan perkara yang mereka sendiri tidak lakukan iaitu mencabuli seorang wanita.Mereka dihadapkan ke mahkamah.Di hadapan hakim,Yaakub berkeras-keras menafikannya tetapi hakim mahkamah tersebut tidak mempercayainya malah sanggup menghina mereka.Yaakub sangat sedih dengan perkara tersebut.Kemudian Hud bertekad untuk mengumpul bukti secara senyap.Dalam masa 3 hari,Hud telah mendapat tahu bahawa hakim tersebut dipercayai telah dirasuah oleh seorang penjahat iaitu Makhzur.Makhzur merupakan seorang lelaki yang kejam kerana telah memutar belitkan fakta sebenar.Dia juga telah dihadapkan ke mahkamah kerana mengugut namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.Selang selepas 3 hari,mereka dihadapkan sekali lagi ke mahkamah untuk dihukum,hakim itu masih memperbodohkan mereka berdua., Dengan kesabaran yang sudah habis,Hud telah mengamuk di depan mahkamah dan orang ramai.Dia juga menunjukkan bukti bahawa hakim dan Makhzur telah bersubahat membuat fitnah.Semua tergamam,termasuklah Yaakub.Dia tidak menyangka bahawa sahabatnya itu menyembunyikan rahsia bahawa dia telah mencari bukti mereka berdua tak bersalah.Hud telah menangkap sendiri hakim dan Makhzur dan dia juga mengemukakan tawaran meminta maaf.Namun Makhzur dan hakim itu mengatakan bahawa Hud hanya menghukum mereka demi mendapat kedudukan.Dia memberi tawaran untuk kali kedua sehingga kali ketiga tetapi mereka menyatakan Hud hanya mementingkan kebendaan.Setelah mereka menghina Hud,Hud mengambil keputusan untuk menghukum mereka.Akhirnya mereka berdua dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan memfitnah.