Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Saturday 16 February 2013

Sahabat yang misteri

Di sebuah perkampungan yang aman,terdapat 2 orang sahabat bernama Yaakub dan Hud.Yaakub adalah seorang pemuda yang aktif dan agak sasa manakala Hud pula pemuda yang pendiam tetapi tegas dan berterus terang.Mereka juga pernah mengembara bersama-sama.Pelbagai cabaran mereka hadapi.Walaupun mereka bergelar kawan rapat,Hud menyembunyikan banyak perkara dari Yaakub.Sehinggalah suatu hari,mereka dituduh melakukan perkara yang mereka sendiri tidak lakukan iaitu mencabuli seorang wanita.Mereka dihadapkan ke mahkamah.Di hadapan hakim,Yaakub berkeras-keras menafikannya tetapi hakim mahkamah tersebut tidak mempercayainya malah sanggup menghina mereka.Yaakub sangat sedih dengan perkara tersebut.Kemudian Hud bertekad untuk mengumpul bukti secara senyap.Dalam masa 3 hari,Hud telah mendapat tahu bahawa hakim tersebut dipercayai telah dirasuah oleh seorang penjahat iaitu Makhzur.Makhzur merupakan seorang lelaki yang kejam kerana telah memutar belitkan fakta sebenar.Dia juga telah dihadapkan ke mahkamah kerana mengugut namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.Selang selepas 3 hari,mereka dihadapkan sekali lagi ke mahkamah untuk dihukum,hakim itu masih memperbodohkan mereka berdua., Dengan kesabaran yang sudah habis,Hud telah mengamuk di depan mahkamah dan orang ramai.Dia juga menunjukkan bukti bahawa hakim dan Makhzur telah bersubahat membuat fitnah.Semua tergamam,termasuklah Yaakub.Dia tidak menyangka bahawa sahabatnya itu menyembunyikan rahsia bahawa dia telah mencari bukti mereka berdua tak bersalah.Hud telah menangkap sendiri hakim dan Makhzur dan dia juga mengemukakan tawaran meminta maaf.Namun Makhzur dan hakim itu mengatakan bahawa Hud hanya menghukum mereka demi mendapat kedudukan.Dia memberi tawaran untuk kali kedua sehingga kali ketiga tetapi mereka menyatakan Hud hanya mementingkan kebendaan.Setelah mereka menghina Hud,Hud mengambil keputusan untuk menghukum mereka.Akhirnya mereka berdua dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan memfitnah.

No comments:

Post a Comment