Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 28 August 2014

Mulianya secebis keinsafan

Seorang peragut telah ditangkap ketika sedang meragut beg seorang lelaki menggunakan motosikal. Peragut tersebut dikejar secara beramai ramai oleh orang awam sebelum mereka menangkapnya. Peragut tersebut telah diikat dengan tali dan dibelasah oleh orang awam yang menangkapnya. Kebetulan dua orang polis dan seorang polis tentera yang melakukan rondaan di kawasan tersebut meninjau keadaan orang awam yang berkumpul beramai ramai di situ.

Polis 1 : Apa yang berlaku di sini?
Orang Awam : Encik,kami berjaya menangkap seorang peragut. Sekarang kami serahkan kepada encik untuk tindakan selanjutnya.
Polis Tentera : Baiklah,semua boleh bersurai sekarang. Kecuali mangsa ragut dan peragut sahaja. Yang selebihnya serahkan kepada kami.

Masing masing akur dengan arahan polis tentera tersebut lalu berpusu pusu meninggalkan tempat tersebut. Sesudah itu,mereka menyoal siasat peragut tersebut.

Polis 1 : kenapa kau meragut ?
Peragut : saya ni perlukan duit.
Polis 2 : kau sedar apa kau buat ni? kau nak beli apa? dadah? rokok? langsaikan hutang?
Peragut : Bukan macam tu encik..
Polis 2 : habis tu apa?
Peragut : saya sebenarnya...
Mangsa : Sebenarnya apa ?
Peragut : sebenarnya saya dah beberapa hari tak makan. saya cari jalan nak beli makanan. akhirnya saya meragutlah. Saya tiada cara lain.. Saudara saudara saya semua abaikan saya. Mereka anggap saya ni sampah masyarakat hanya kerana saya ni tiada ibubapa. Saya hidup seorang diri saja. Saya tiada kelayakan untuk bekerja..  *mengalirkan air mata*

Kemudian polis tentera tersebut meninggalkan tempat itu. Peragut tersebut tertanya-tanya mengapakah dia meninggalkan tempat itu.Beberapa minit kemudian,dia datang bersama sebungkus makanan di dalam polisterin dan sebungkus air teh o ais.

Polis tentera : nah makan dulu. selepas ini kami akan bawa kau ke balai. Tapi sebelum tu,aku nak kau minta maaf kepada mangsa ni dulu.
Peragut : maafkan saya puan. Saya tahu saya salah. Saya ni cuma sampah masyarakat saja.
Mangsa : tak mengapalah. Manusia buat kesilapan. Bukan kerana kau sampah masyarakat,cuma kau tak sedar kau lebih tabah berbanding orang lain. Aku dah maafkan kau.
Peragut : terima kasih sangat sangat. *terharu* rupa rupanya masih ada lagi insan yang baik di muka bumi ini. Semoga Allah membalas budi baik awak semua.
Mangsa : sama sama. Eh makanlah.. nanti sejuk makanan tu,tak sedap pula.

Selepas peragut tersebut selesai makan dan minum,akhirnya dia dibawa ke balai dengan hati yang tenang menghadap hukumannya kerana dia tahu,setiap orang dipertanggungjawabkan atas apa yang dilakukan.Jadi dia ingin menerima hukuman kerana meragut. Semenjak dari itu,dia tidak lagi menjadi seorang peragut setelah menjalani hukuman. Dia akhirnya pergi menghadap Ilahi dengan keinsafan dan budi baik yang diterima semasa dia berada di dunia.

The End :)

No comments:

Post a Comment