Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 4 November 2014

Musafir yang berdosa #2

Fajar mulai menyinsing. Ad Dzar telahpun menyediakan banyak kelengkapannya untuk keluar daripada medan peperangannya itu. Walaupun hatinya masih lagi sedih untuk meninggalkan kawasan kelahirannya itu,namun dia percaya bahawa keamanan dan ketenangan yang dicarinya berada di luar kawasan tersebut.

Dia mengambil segenggam pasir dimana dia berpijak seraya berkata "Aku akan kembali untuk mencari kemenangan di tanah kelahiranku ini. Biarlah puak militan itu mati ataupun aku yang mati. Janji aku dapat membawa keamanan di sini."

Sesudah itu,dia menuju ke destinasi di mana dia akan berjumpa dengan Aleppo. Walaupun dia tahu bahaya bakal menanti apabila dia cuba untuk membawa dirinya keluar daripada medan peperangan tersebut kerana dirinya kini diburu oleh puak militan. Ini kerana Ad Dzar sendiri mempunyai semangat juang yang tinggi serta kemampuannya dalam melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak. Ciri itulah yang membuatkan dia menjadi pilihan puak militan tersebut.

Sesudah sampai di sana,beliau meletakkan barang barangnya dan menunggu dengan penuh debaran. Dia tahu bahawa dia akan dibunuh apabila cubaannya gagal. Beberapa minit kemudian,Aleppo datang bersama lori berisi jerami kering untuk dipasarkan. Lantas Ad Dzar melompat ke atas jerami tersebut dan memberikan isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk keluar daripada tempat itu. Aleppo terus membawa Ad Dzar menuju ke pos kawalan.

Sesudah sampai,puak militan tersebut menyuruhnya berhenti bagi memeriksa bekalan yang dibawanya. Pada masa itu,Ad Dzar merasakan debarannya semakin kuat apabila mereka hendak memeriksa jerami itu.Namun akhirnya mereka terlepas juga setelah pengawal berpuas hati dengan bekalan yang dibawa Aleppo. Dengan segera Aleppo meneruskan perjalanannya menuju ke sebuah bandar yang diberi nama Mugabe.

"Dzar,kau boleh keluar sekarang. Kita dah sampai di bandar",kata Aleppo

"Ya kah? Baguslah, aduh sakitnya belakang aku", keluh Ad Dzar

"Di sini,aku cadangkan kau untuk berjumpa dengan seorang lelaki bernama Farady.Dia tinggal di hujung bandar arah utara. Dia merupakan pegawai tertinggi anggota keselamatan negara ini. Dia orang terbaik untuk ajar kau tentang peperangan. Kau ada bakat. Sebelum tu,hantarkan surat ini kepada dia. Semoga berjaya", balas Aleppo dengan senyuman

"Ya Aleppo, semoga kita berjumpa lagi", kata Ad Dzar.

Akhirnya mereka berpisah dan menuju ke arah destinasi masing-masing. Aleppo pergi menuju ke halamannya setelah urusan dengan penjual sudah selesai namun secara tiba tiba lorinya diserang oleh sebuah roket semasa dalam perjalanan. Lorinya terbakar dan orang yang bertanggungjawab itu tidak lain tidak bukan adalah puak militan tersebut. Mengapa mereka menyerang Aleppo? Kerana mereka mengetahui bahawa Ad Dzar telah dibawa keluar daripada kawasan itu. Bagaimana? Komander militan telah mempunyai perisik di bandar tersebut dan atas maklumat perisiknya,mereka melancarkan serangan ke atas lori tersebut.

Ad Dzar menuju ke arah rumah Farady dengan membawa sepucuk surat yang diberikan oleh Aleppo. Apakah sebenarnya isi kandunga surat itu? Adakah Ad Dzar akan mengetahui tentang kejadian Aleppo yang diserang roket puak militan? Ikuti kisahnya seterusnya di #3

No comments:

Post a Comment