Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday 2 November 2014

Musafir yang berdosa #1

"Saat kau diuji dengan kejahatan dunia,kau pasti tertanya mengapa"


Lumrah kehidupan manusia,

Ada yang disayangi,ada yang dibenci,

Namun kehidupan haruslah ditempuhi. Setiap kembara kehidupan masyarakat,setiap liku dan setiap dugaan yang dialami merupakan pengajaran yang paling pedih tetapi bermakna.

Hiasan jalan menuju keredhaan-Nya bukanlah dihiaskan dengan rumput hijau,jalan yang bertatahkan berlian dan permata malahan disambut oleh mereka yang menyanjungi kita umpama seorang selebriti di atas karpet merah. Tetapi jalannya penuh dengan kaca,paku dan juga mereka yang sentiasa membenci kita dan mengugut kita dengan pedang yang terhunus bersedia untuk menyerang kita bila-bila masa.

Kenapa ianya sepatutnya disediakan sedemikian rupa? Masih terngiang ngiang di dalam kepala dan luahan hati kecil seorang pemuda yang tidak tahu siapa dan apa asal usulnya, bernama Ad Dzar. Dilahirkan tanpa belaian ibubapanya, diajar oleh dunia untuk melakukan kejahatan. Adakah dia dirahmati oleh Tuhan? Kenapa mesti aku ya Tuhan? Dimanakah bantuan-Mu?

Gelanggang permainannya adalah kawasan peperangan. Setiap hari,dia akan mempelajari cara untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh sekumpulan pengganas militan yang mengakui bahawa mereka di jalan yang benar sedangkan hakikatnya tidaklah sepertimana yang dikhabarkan sedemikian rupa. Setiap hari,dia berjaya melepaskan diri daripada menjadi tawanan dan pujukan salah seorang anggota militan tersebut. Mengenangkan juga bagaimana rakan-rakan seperjuangannya satu demi satu ditangkap dan dijadikan hamba abdi kepada golongan tersebut. Perasaan marah dan dendam yang membara,dia bertungkus lumus untuk mempelajari cara untuk menjadi seorang pejuang yang hebat walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa yang beliau perjuangkan.

Terdetik di hatinya dengan pelbagai persoalan yang timbul iaitu "Untuk apa aku dihidupkan? Kenapa aku.."

Suatu hari,sedang Ad Dzar meninjau keadaan selamat untuknya berjalan,terdetik dalam hatinya dengan mengambil keputusan untuk pergi dari medan peperangan tersebut,namun masih memikirkan cara untuk melarikan diri daripada tempat beliau dilahirkan itu. Beberapa hari beliau membuat persediaan dan memikirkan cara yang terbaik untuk menyusup keluar daripada kawasan bergolak itu tanpa dikesan oleh sesiapa. "Macam mana aku nak keluar dari sini? Bila nak keluar nanti,ada pos kawalan pula. Bila dia nampak aku,mesti dia tak beri aku keluar",keluhnya.

Pada masa yang sama,seorang jirannya bernama Aleppo membawa sebuah trak berisi jerami kering untuk dihantar ke sebuah bandar untuk dipasarkan. Akhirnya Ad Dzar menemui jalan untuk keluar dari tempat itu. Beliau segera berjumpa dengan  Aleppo.

"Aleppo, aku perlukan bantuan kau", kata Ad Dzar,
"Apa yang kau nak aku buat?" soal Aleppo,
"Begini,aku nak keluar dari bandar ni. Aku tak boleh keluar begitu sahaja sebab kumpulan militan tengah cari aku. Kalau ditangkap,pasti akan aku dibunuh", katanya.
"Jadi apa rancangan kau? Oh tidak,kau nak aku bawa kau sehingga ke bandar dan di situ kau akan berlari untuk menyelamatkan diri kau?", soal Aleppo lagi
"Ya", jawab Ad Dzar dengan penuh gembira.
"Apa gunanya. Mereka akan periksa barang yang aku bawa ni.", tegas Aleppo lagi
"Aku tak peduli,janji aku dapat keluar hidup hidup", Ad Dzar menjawab
"Baiklah, lusa nanti jumpa aku di sini, Buat masa ni kau pantau dulu bila mereka akan bertukar pengawal ataupun masa terbaik untuk kita keluar", jawab Aleppo


Maka mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk membawa Ad Dzar keluar daripada tempat itu secara hidup hidup. Adakah mereka akan berjaya? Tunggu #2 ya 

No comments:

Post a Comment