Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 13 November 2014

Musafir yang berdosa #3

Ad Dzar melangkahkan kakinya menuju ke destinasi yang dituju iaitu kediaman seorang pegawai tertinggi angkatan tentera bernama Farady. Dia akhirnya sampai di hadapan rumah Farady dan mula menekan loceng pintu rumah.

Beberapa minit kemudian,muncullah seorang lelaki berbadan tegap sedang membuka pintu dan melihat kehadiran Ad Dzar. Lalu beliau segera menuju ke arahnya untuk dijemput masuk.Pada awal sapaan mereka,mereka hanya memperkenalkan diri mereka sahaja dan Ad Dzar akhirnya mengetahui bahawa lelaki tersebut ialah Farady iaitu orang yang dicari carinya.

Ad Dzar : Saya sebenarnya datang ke sini untuk bertemu dengan tuan.

Farady : Ya kah? Siapakah yang menghantarmu ke sini?

Ad Dzar : Kawan saya bernama Aleppo. Ini surat yang dia kirimkan kepada saya untuk dihantar kepada tuan.

Ad Dzar menghulurkan sepucuk surat untuk dibaca oleh Farady. Farady menerimanya dan membaca isi kandungannya.

"Kepada Tuan Farady,

    Saya menulis surat ini agar tuan dapat mempertimbangkan permintaan saya. Sebenarnya sebelum ini saya menghadapi kesukaran untuk hidup di dalam kawasan tempat tinggal saya kerana di sini kami sering diancam oleh sekumpulan puak militan yang sedang mengeksploitasi setiap inci bandar ini. Orang yang mengirimkan surat ini adalah salah seorang penduduk di kawasan itu. Dan saya percaya bahawa orang ini adalah bakal membebaskan kawasan kami daripada puak militan tersebut. Ini kerana beliau mempunyai bakat dalam peperangan,boleh menyelinap masuk ke dalam markas latihan mereka dan memberikan maklumat risikan mereka malahan juga saya mengetahui, bahawa dia merupakan anak tuan. Anak yang tuan tinggalkan setelah ibunya diserang oleh kumpulan militan tersebut. Anak tuan ini sudah lama hidup menderita akibat tiada kasih sayang ibu bapanya. Tapi tuan kena ingat dan berjanji,agar rahsiakan hal ini daripadanya. Kerana saya tahu dia akan menjadi seorang pejuang yang hebat."

Setelah diamati surat itu,barulah dia rasa menyesal akan dirinya yang mengabaikan anaknya itu.

Farady : Dzar,kau ikut aku pergi ke belakang rumah

Ad Dzar akur sahaja. Setelah mengikuti mereka ke belakang rumah,alangkah terkejutnya apabila melihat kawasan belakang rumah tersebut adalah kawasan latihan ketenteraan.

Farady : Mulai hari ini,aku akan ajar kau cara berperang. Kau boleh tinggal di sini. Dan ambillah masa untuk melihat sekeliling. Tapi ingat,esok adalah hari yang sibuk. Kau rasa kau dah sedia?

Ad Dzar : Sentiasa bersedia tuan. Saya berjuang demi diri saya sendiri,tuan

Sementara itu,komander militan menerima maklumat risikan daripada perisik di bandar Maghribi menyatakan bahawa Ad Dzar gagal dikesan. Oleh kerana itu,dia menangguhkan risikan terhadap Ad Dzar dan bersiap sedia untuk memulakan operasi mereka yang lain.

Akhirnya,hari pertama latihan Ad Dzar bermula. Adakah Ad Dzar berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi seorang pejuang yang digeruni? Apakah beliau akan mengetahui bahawa Farady adalah ayah kandungnya? Apakah kejutan yang bakal diterima oleh komander militan yang bertanggungjawab membunuh Aleppo?

Episod terakhir bakal menyusul di Musafir yang berdosa #4

No comments:

Post a Comment