Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday 31 May 2015

Apa itu Gabungan Skil

Assalamualaikum,

Saya baru-baru ni ada jugalah memberikan banyak idea bagaimana kita mahu mengurangkan kadar pengangguran di negara. Sebagai pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Ekonomi dan Sejarah, saya mengenali banyak formula yang untuk mengira kadar pengangguran sesebuah negara dan pelopor ekonomi terkenal iaitu Adam Smith (Bapa Ekonomi Dunia). 


Baiklah begini, 

Gabungan Skil ialah suatu konsep dimana kita menggabungkan pelbagai skil berbeza menjadi satu. (Sebenarnya saya masih tak tahu nama yang sesuai untuk konsep ni)

Seperti contoh :

Sesebuah negara mempunyai kapasiti penduduk sebanyak 3 juta, namun hanya 2 juta sahaja penduduk yang bekerja setelah ditolak dengan tenaga buruh yang tidak mampu bekerja. Hal ini boleh menyebabkan kadar pengangguran boleh meningkat. 


Gabungan Skil membolehkan seseorang itu berfikir secara luas dalam membuat keputusan terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat. Seiring dengan pembelajaran abad ke 21, segala perkara yang biasa kita buat hendaklah ditransformasikan menjadi luar biasa. ( Pendek kata, kelapa takkan nak dibuat air sahaja,mestilah ada benda lain juga yang perlu dibuat seperti jeli kelapa, ice blended kelapa, karipap kelapa, gula kelapa. Sodap bhai)


Situasi 1 :

Khuzir merupakan graduan UiTM Diploma Teknologi Maklumat. Pointer beliau taklah sebagus mana. Cuma 3.00 saja. Beliau sudah cuba menghadiri temuduga di syarikat-syarikat namun ditolak. Beliau akhirnya ditawarkan sebuah pekerjaan sebagai tukang jahit. Sesudah memahiri skil menjahit, beliau merasakan bahawa skil IT beliau tidak digunakan langsung. Dengan pendekatan Gabungan Skil, beliau telah membuka kelas menjahit secara dalam talian. Malahan sering dijemput untuk menghadiri kursus jahitan di seluruh negara. Gaji beliau 3 kali ganda berbanding juruteknik IT dan tukang jahit.


Situasi 2 :

Aina seorang formen sebuah bengkel kereta sendiri. Beliau merupakan seorang bekas penuntut UPM Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa. Menurut pengalaman beliau, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan di syarikat kerana bersaing dengan penuntut lain. Atas nasihat ayahnya,beliau mewarisi perniagaan ayahnya iaitu menjadi mekanik. Setelah mengikuti kursus automotif , beliau melihat bahawa perniagaan ayahnya merupakan tiket untuk mempraktikkan ilmunya semasa di UPM dulu. Dan kini, Aina mempunyai syarikat mekanik sendiri di seluruh dunia.


p/s : Ilmu yang kita ada,kita janganlah sia-siakannya. Kita boleh gunakannya sebagai satu wadah menjana pendapatan dan membawa nama negara ke seluruh dunia.



No comments:

Post a Comment