Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 26 May 2015

Pengawas Sekolah Gengster

'Bro, bawa rokok tak?' soal Haziq

'Bawa, kita nak berasap kat mana ni?' soal Hisham, kawan kepada Haziq.

'Aku rasa baik kita berasap kat belakang blok F. Terpencil sikit. Jarang orang lalu.', kata Haziq.

Hisham hanya mengangguk tanda setuju. Maka mereka memulakan langkah mereka menuju ke belakang blok F. Hisham dan Haziq merupakan pelajar yang bermasalah. Mereka seringkali melanggar peraturan sekolah. Malahan beberapa kali mereka ditangkap kerana sering ponteng kelas. Guru disiplin pula sudah jemu melihat muka mereka setiap hari. Guru disiplin juga sudah malas untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap mereka berdua kerana mereka tidak pernah serik.

'Wah akhirnya dapat juga melepaskan gian.', kata Hisham

'Betul tu, aku rasa best je pekena John White ni', kata Haziq

'Weh,kau nak lepak mana nanti? Aku malaslah nak duduk perhimpunan' kata Haziq sambil mengeluh.

Hisham hanya menjawab, 'kita lepak tempat biasa la',

Haziq hanya memberi isyarat setuju saja selepas mendengar jawapan. Maka mereka menuju ke tempat lepak kaki ponteng kelas. Di situ,mereka bertemu dengan ramai pelajar yang ponteng kelas juga. Tapi apa yang berlaku amat memalukan. Selang dalam perjalanan menuju ke tempat lepak, mereka secara tiba-tiba ditepuk dari belakang. Bila ditoleh, seorang pengawas tingkatan 6 yang menepuk mereka.

'Kau orang fikir nak ke mana? Nak melepak ek', soal pengawas itu yang diberi nama Firdaus.

'eh mana ada. nak g tandas saja', jawab Hisham terketar-ketar.

'Ah jangan nak menipu. Aku dah tengok kau orang merokok kat blok F tadi. Kemudian kau orang nak lepak kat belakang ni supaya lari daripada perhimpunan la kan. Jangan harap kau boleh pergi. Sekarang kita nak pergi cara baik atau cara tak baik. Cara baik,kau orang pergi perhimpunan tanpa nama dicatat. Cara tak baik pula, kau orang pergi perhimpunan tapi nama kau orang disebut oleh guru disiplin, kau akan dirotan di hadapan semua orang kerana ponteng kelas dan merokok dalam sekolah.', ugut Firdaus.

Memikirkan keadaan yang mereka takkan selamat, maka mereka memutuskan untuk memukul Firdaus. Namun tindakan pantas Firdaus dalam menangkis serangan mereka membuatkan mereka rebah sambil menahan sakit. Kemudian Haziq cuba menumbuk Firdaus namun Firdaus berjaya menarik telinga kanan Haziq membuatkan Haziq meronta-ronta agar telinganya dilepaskan.

'Kau dah serang aku, kau nak cara jahatlah eh? Ok baiklah.', kata Firdaus

Firdaus kemudian menarik telinga Hisham dan membawa mereka ke tapak perhimpunan secara paksa. Guru disiplin terkejut dengan tindakan Firdaus yang membuat begitu. Lantas beliau bertanya, 'Daus,kenapa kau tarik telinga budak ni',

Firdaus hanya menjawab 'Ini sahaja cara untuk menghentikan mereka. Mereka merokok di belakang blok F, cubaan untuk ponteng dan memukul pengawas.'

Guru disiplin menunjukkan isyarat bagus dengan tindakan Firdaus itu dan menyuruhnya untuk membawa pelajar tersebut ke hadapan. Pengetua yang sedang menyampaikan ucapan kepada semua pelajar, dengan serta merta mengisytiharkan bahawa Haziq dan Hisham dibuang sekolah kerana kes salah laku yang berat.

Lantaran itu, penurunan kes salah laku pelajar juga menurun secara drastik. Ini kerana pengetua telah memberi mandat kepada pengawas sekolah untuk menghukum pelajar yang mempunyai kes salah laku. Hasil tindakan Firdaus, pelajar lain takut untuk melanggar peraturan sekolah 

No comments:

Post a Comment