Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 19 December 2013

Kebenaran agama Islam yang sering dibutakan oleh golongan pendengki

Kreettt...

Hai Assalamualaikum ya akhi ya ukhti. 

Setelah sekian lama menyepi akibat terlalu banyak permasalahan,SPM,part time job dan sebagainya,kini saya masih ada di sini untuk menyebarkan cerpen dakwah pendek. Sebenarnya saya ada buat masterpiece iaitu novel cinta islamik yang diberi tajuk Bersulam Dalam Diam(well,manuskrip belum siap lagi). BTW in sha allah saya akan siapkan dalam masa terdekat. Doakan saya ya :)

Baiklah,.. saya sebenarnya mendapat inbox message dari seorang rakan saya. Dia bertanya bahawa apakah bukti yang al quran itu datangnya daripada Allah.? Mungkin ini soalan yang diajukan oleh golongan bukan Islam.Mereka ingin mempelajari Islam dengan lebih dalam. Mudah mudahan in sha allah.

Sebagai umat Islam,kita hanya mempercayai dan mempunyai satu Tuhan iaitu Allah SWT. Pada masa yang sama,ibadah wajib perlu dilaksanakan kerana ianya merupakan tanggungjawab kita.Jikalau kita tidak melaksanakannya,maka faham fahamlah ya.

Baiklah,untuk menjawab soalan yang diajukan oleh rakan saya. Pertama-tama sekali saya ingin bertanya sesuatu kepada mereka yang bukan Islam.Apa bukti kitab agama kamu itu diturunkan oleh Tuhan kamu?

Jadi,saya ingin mencabar golongan paderi dan golongan agama lain. Pernahkah anda mempunyai satu ayat dalam kitab agama anda yang mempunyai makna sama seperti surah Al Ikhlas??? Ini terjemahannya.

1. Katakanlah wahai Muhammad : "(Tuhanku) ialah Allah yang maha Esa

2. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sesuatu hajat

3. Dia tidak pula beranak dan tidak diperanakkan

4. Dan tiada sesiapa pun yang serupa denganNya.

Surah Al Ikhlas - surah ke 112

Tak cukup ekk?? Relax dulu.. Ada lagi. Takkan satu je kot. 

"Demi, kalau engkau tanyakan kepada mereka Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab : Allah .Maka kemanakah mereka berpaling?"
(Al-Ankabut : ayat 61)


"Allah yang meninggikan langit dengan tiada tiang yang kamu lihat, kemudian dia bersemayam di atas  arasy(berkuasa) dan dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlari (beredar) sampai waktu yang ditentukan. Dia mengatur semua urusan dan menerangkan beberapa keterangan. Mudah-mudahan kamu yakin akan menemui Tuhanmu"
(Ar-Ra'd : ayat 2)


"Dan di antara tanda-tandanya ialah kejadian langit dan bumi ,dan bermacam-macam bahasa kamu dan
warna kulitmu.Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan."
(Ar-Rum:22)


"Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk Rahman (Allah).Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu).Adakah engkau lihat (di sana) pecah-belah (rosak-rosak)".
(Al-Mulk:3)


"Mengapakah kamu menyangkal Allah , sedang kamu dahulu mati(belum ada), kemudian kamu dihidupkaNYA, sudah itu dimatikanNYA, kemudian akan dihidupkanNYA ,akhirnya kamu kembali kepadaNYA ".
(Al-Baqarah:28)

Wallahualam...

Di post seterusnya,saya akan merungkai istilah Tuhan dalam agama lain dan akan membandingkannya dengan ayat Al Quran :)

No comments:

Post a Comment