Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 16 July 2013

Sahabat yang sebenar

Fawwaz telah ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pemasangan dan baikpulih alatan mesin di bengkel sekolah lamanya.. Dia dan juga rakannya iaitu Redzuan dan Malik akan pergi pada sebelah tengah hari.

Setelah sampai di sana,dia berjumpa dengan guru lamanya yang pernah mengajarnya.. Dengan perasaan gembira,dia mencium tangan guru tersebut,menegur guru tersebut dan menanyakan khabar beliau.. Guru tersebut berasa bangga kerana bertemu dengan seorang bekas pelajarnya yang menceburi bidang ketukangan.. Baginya,bidang ketukangan merupakan bidang yang berisiko tinggi baik segi fizikal mahupun mental..

Tiba masanya mereka membuat kerja.. mereka membuat pembahagian kerja dan membuat perancangan kerja.. Selepas itu,mereka membuat baikpulih sebelum pemasangan..

Redzuan : Fawaz,pergi beli makanan sekejap..
Malik : sekali sekali..
Fawaz : ok je.. nak makan apa ?
Malik : tak kisah la..

Setibanya di kantin,Fawaz telah ditegur oleh rakan-rakan lamanya.. Baik aliran sains mahupun kelas hujung.. baik sebaya dengannya mahupun yang mengenali dirinya.. Mereka begitu gembira menemui Fawaz. Seolah-olah Fawaz ibarat hilang 100 tahun..

Akhirnya setelah kembali bekerja.. Fawaz sekali lagi ditegur oleh rakannya.. Malik dan Redzuan pula memerhatikan gelagat Fawaz.. Setelah Fawaz kembali kepada mereka,mereka pula berkata

Redzuan : Hot jugak eh kau ni Fawaz..
Malik : Tu ar pasal.. baik laki mahupun perempuan.. semua tegur kau.. kasilah tips wei..
Fawaz : *tersenyum* hahaha tu semua kawan-kawan aku.. kawan lama.. ada juga dari sekolah rendah kitorang berkawan.. susah senang,waktu bersukan mahupun melanggar disiplin sekolah pun bersama-sama.. Masa nak pergi tandas,ajak kawan sekali.. Sebab tu lah kita jangan sesekali lupa kawan.. Setinggi langit pun kita dah pergi,jangan lupa apa yang ada pada asas ketinggian kita..

No comments:

Post a Comment