Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Thursday 4 July 2013

Jiwa terusik kerana guru praktikal

Ini kisah benar.. saya telah mendapat cerita ini daripada seorang rakan saya.Dia sering mengalami kekosongan hati atau lebih dikenali sebagai tekanan hati.Dia mempunyai ramai rakan tetapi hanya segelintir sahaja mengenali rahsia nya

 Pagi Isnin,.. seperti biasa dia menghadiri perhimpunan sekolah.Tetapi pada hari ini,dia merasakan sesuatu yan berbeza.4 orang guru praktikal datang ke sekolahnya.Sementara melihat guru-guru tersebut,dia ternampak salah seorang guru tersebut menyerupai kekasih lamanya.Apa lagi,seganlah dibuatnya.Berkaca mata dan mukanya mirip gadis cina.Memang menyerupai kekasih lamanya.Sejak dari itu dia pergi menanyakan kepada semua guru-gurunya tentang guru praktikal tersebut.Hatinya mengatakan bahawa gadis tersebut adalah kekasih lamanya.Namun dirinya cuba menafikannya.

Suatu hari,guru matematik kelasnya tidak hadir kerana cuti sakit.Jadi guru lain akan menggantikan kelas matematik tersebut.Kebetulan pula,cikgu yang menyerupai kekasih lamanya itu menggantikan kelas matematik.Sepanjang kelas itu,dia hanya menundukkan muka menahan malu.Kerana setiap inci rupanya mengingatkan dia kepada kekasih lamanya.Sampai sekarang dia masih ada rasa bersalah setelah memusnahkan hati dan kepercayaan kekasih lamanya.


No comments:

Post a Comment