Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Tuesday 10 September 2013

Kisah pasangan suami isteri yang tidak tahu mengaji



Suatu kisah telah tercatat di mana tinggalnya seorang lelaki bernama Abu atau lebih dikenali Pak Abu dan isterinya Mak Esah. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Najdi.Pak Abu dan Mak Esah mengalami sakit angin ahmar sejak 2 tahun yang lalu,mengakibatkan segala kerja rumahtangga dipikul oleh Najdi seorang. Namun Najdi tidak pernah mengeluh.

Suatu hari, dengan ketentuan Allah, ibu dan bapa Najdi dijemput untuk menyahut seruan Ilahi.Najdi menjemput imam dan bilal kampungnya untuk menguruskan mayat kedua-dua ibu bapanya. Maka dipanggil seluruh orang kampung untuk membincangkan tentang pengurusan jenazah Pak Abu dan Mak Esah.Najdi dengan rendah diri menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk menguruskan perbelanjaan jenazah ibu bapanya.Kemudian datanglah seorang kaya yang tidak dikenali menawarkan diri untuk menampung kos perbelanjaan jenazah.Maka segala pengurusan jenazah dilakukan tanpa gangguan.

Namun,ada perkara yang mengejutkan semua orang termasuk Najdi. Semasa pengebumian jenazah,tiba-tiba liang lahad si mati bercahaya hingga memancar ke langit.Dengan penuh takjub,penduduk kampung mula mengerumuni kawasan liang lahad si mati.Kemudian imam menanyakan kepada Najdi.

Imam : adi,apakah amalan yang dilakukan oleh ibu bapa kamu sehingga liang lahad mereka bercahaya?

Najdi : Mak dan abah kerap melakukan solat fardu di awal waktu,tetapi mak dan abah tidak tahu membaca al quran.Abah mengesyorkan saya untuk mempelajari al quran di masjid.Habis solat fardu berjemaah,abah meminta saya untuk mengaji depan mereka.Saya masih mengamalkannya walaupun mak dan abah terkena serangan angin ahmar.

Tiba-tiba mata imam berkaca..

Imam : Walaupun mak dan abah kamu tidak tahu mengaji,mereka tetap berusaha mendengar alunan ayat Allah.

Najdi : Itulah yang mak dan abah saya sering katakan. Walaupun mereka tidak pandai mengaji,mereka tetap ingin mendengarnya.

Imam : Beruntunglah mak dan abah kamu kerana mempunyai seorang guru al quran dan guru al quran mereka adalah kamu.

No comments:

Post a Comment