Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Monday, 23 April 2012

Sendiri menanti siapa yang layak

Dalam era masa kini,budaya yang sinonim dengan masyarakat sekarang ialah budaya 'couple'.Yang sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang.Bagi yang tiada 'couple' dianggap sebagai tidak bernilai..Siapa sanggup 'couple'? Sebenarnya,budaya inilah yang menjatuhkan maruah sendiri.Tidak semua 'couple' itu haram.. Sebaliknya niat kita dan pasangan kita itu haruslah berlandaskan hukum syariah.Cinta remaja lebih kepada hawa nafsu semata-mata.. itulah sebabnya mereka sering beranggapan bahawa budaya ini demi untuk menentukan siapa lebih layak menjadi suami yang kononnya mampu menjaga hati pasangannya.. Ingatlah,itu semua kuasa Allah... Kita tidak berhak untuk melawan takdir.

Monday, 21 November 2011

Memeluk islam selepas melihat kejadian alam

Pada suatu hari yang cerah,seorang pengembara yang bernama Seth pergi ke satu perkampungan.Kampung itu sangat cantik baik dari segi landskap mahupun sahsiah penduduknya.Dia telah pergi ke suatu tempat di mana banyak tumbuhan menghijau dan air terjun yang jernih.Dia berasa tenang apabila berada di tempat itu.Mula timbul dalam hatinya 'siapakah yang mampu mencipta landskap yang sebegini indah?'.. Mulalah dia mencari-cari.Pada masa itu,seorang Imam kampung tersebut.Dia menanyakan soalan yang sama.Imam itu menjawab 'wllahuallam'.. Dia merasa sungguh terkejut.Dia tidak pernah mendengar perkataan itu sepanjang hidupnya.Dia bertanya lagi mengapa Imam tersebut berkata 'Ianya adalah ciptaan Tuhan saya bernama Allah..' Dia berasa sungguh terharu dengan kata-kata Imam tersebut dan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam.. Setelah mengucap dua kalimah syahadah,dia telah menukarkan namanya daripada Seth kepada Salahudin dan bergiat cergas mengembangkan agama Islam sepanjang pengembaraannya...

Wednesday, 9 November 2011

pengaruh Iman

“..Keimanan yang benar kepada Allah subhanahu wata’ala akan menumbuhkan rasa cinta yang kuat kepada-Nya dan mengagungkan-Nya. Juga akan nampak sekali dalam diri setiap manusia rasa khasy-yah dan takut dari-Nya serta selalu berharap kepada-Nya, yang kemudian mendorongnya untuk beribadah.
Sebahagian salaf berkata: “Siapa yang menyembah Allah subhanahu wata’ala kerana rasa cinta semata, maka dia seorang zindiq. Dan siapa yang menyembah-Nya karena penuh harap (raja`) semata, maka dia seorang Murji`. Sedangkan yang menyembah-Nya karena rasa takut saja, maka dia Khariji. Adapun yang menyembah-Nya karena cinta, takut, dan penuh harap, maka dia seorang mukmin ahli tauhid.” (Al-Madkhal li Ad-Dirasatil Aqidah Al-Islamiyyah hal. 120)”