Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Friday, 4 October 2013

Golongan Ghuraba'

From Abu Hurairah RA, he said : Rasulullah SAW said: "Islam was strange when it began and will one day be strange again..
Blessed are the ghuraba' (those strange people)

H.R. Muslim


Intisari Hadis :

Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita.

Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah.
Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;"Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. 

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba' (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba' ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak.

Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud;
"Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku". 

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w. 


Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: 
"Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman".


Tuesday, 10 September 2013

Kisah pasangan suami isteri yang tidak tahu mengaji



Suatu kisah telah tercatat di mana tinggalnya seorang lelaki bernama Abu atau lebih dikenali Pak Abu dan isterinya Mak Esah. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Najdi.Pak Abu dan Mak Esah mengalami sakit angin ahmar sejak 2 tahun yang lalu,mengakibatkan segala kerja rumahtangga dipikul oleh Najdi seorang. Namun Najdi tidak pernah mengeluh.

Suatu hari, dengan ketentuan Allah, ibu dan bapa Najdi dijemput untuk menyahut seruan Ilahi.Najdi menjemput imam dan bilal kampungnya untuk menguruskan mayat kedua-dua ibu bapanya. Maka dipanggil seluruh orang kampung untuk membincangkan tentang pengurusan jenazah Pak Abu dan Mak Esah.Najdi dengan rendah diri menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk menguruskan perbelanjaan jenazah ibu bapanya.Kemudian datanglah seorang kaya yang tidak dikenali menawarkan diri untuk menampung kos perbelanjaan jenazah.Maka segala pengurusan jenazah dilakukan tanpa gangguan.

Namun,ada perkara yang mengejutkan semua orang termasuk Najdi. Semasa pengebumian jenazah,tiba-tiba liang lahad si mati bercahaya hingga memancar ke langit.Dengan penuh takjub,penduduk kampung mula mengerumuni kawasan liang lahad si mati.Kemudian imam menanyakan kepada Najdi.

Imam : adi,apakah amalan yang dilakukan oleh ibu bapa kamu sehingga liang lahad mereka bercahaya?

Najdi : Mak dan abah kerap melakukan solat fardu di awal waktu,tetapi mak dan abah tidak tahu membaca al quran.Abah mengesyorkan saya untuk mempelajari al quran di masjid.Habis solat fardu berjemaah,abah meminta saya untuk mengaji depan mereka.Saya masih mengamalkannya walaupun mak dan abah terkena serangan angin ahmar.

Tiba-tiba mata imam berkaca..

Imam : Walaupun mak dan abah kamu tidak tahu mengaji,mereka tetap berusaha mendengar alunan ayat Allah.

Najdi : Itulah yang mak dan abah saya sering katakan. Walaupun mereka tidak pandai mengaji,mereka tetap ingin mendengarnya.

Imam : Beruntunglah mak dan abah kamu kerana mempunyai seorang guru al quran dan guru al quran mereka adalah kamu.

Saturday, 17 August 2013

Apa itu istidraj




Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam

Friday, 16 August 2013

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Alhamdulillah setelah genap sebulan kita berpuasa,berjumpa juga kita di hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Saya berasa puas walaupun duit raya sedikit saja dapat.Maklumlah makin tua,makin sikit dapat.

Baiklah saya akan mengulas sedikit mengenai Syiah. Apa itu syiah? Kenapa Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah ? Siapa Ahli Sunnah Waljamaah?

Ahli Sunnah Waljamaah ialah kumpulan yang berpegang teguh kepada al quran dan hadis serta sunnah dan perkara-perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda dan menolak bid'ah..

Mazhab ahli Sunnah muncul selepas berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam. Mazhab ini juga dimasyhurkan secara rasmi oleh Imam Abu Al-Hassan Al-Matuvidi.
Dinamakan Ahli Sunnah kerana menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.
Perkataan Al Jamaah pula bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad,melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan menghidupkan sunnah dan menentang bid'ah

Nama lain bagi Ahli Sunnah Waljamaah ialah As Sunnah, As Salafus Soleh, Al Jamaah dan Ahlul Hadis

Prinsip akidah mereka ialah mereka tidak menghukum kafir untuk orang tidak sealiran dengannya,Pelaku dosa besar masih dianggap muslim tetapi fasik,berpegang teguh kepada al quran dan as sunnah,tidak menghukum kecuali terdapat bukti sahih,jika berlaku pertelingkahan,al quran dan as sunnah dirujuk dan berpegang dengan prinsip As Salafus Soleh.

Pandangan Mazhab Ahli Sunnah :

Qada' dan Qadr : - Beriktikad bahawa ketentuan dan segala yang berlaku di atas bumi ini adalah dengan izin dan kebijaksanaa Allah sejak azali lagi.

Al quran bukan makhluk :- Al quran bersifat qadim (bukan baharu)

Melihat Allah :- Orang mukmin boleh melihat Allah di syurga kelak seperti yang disebut dalam hadis sahih dan disepakati oleh ulama' As Salafus Soleh.



Monday, 29 July 2013

Malam Lailatul Qadar

Sudah tiba masanya untuk melalui fasa terakhir Ramadhan... Malam Lailatul Qadar... yeah.. malam yang terbaik antara 1000 bulan... malam di mana Allah melipatgandakan pahala.. malam di mana segelintir umat Islam diberi salam oleh malaikat.. Alangkah untungnya kepada siapa yang bertemu malam ini.. Seperti mengharapkan setiap malam adalah malam Lailatul Qadar..

Sunday, 28 July 2013

Beret Hitam

Keputusan mengenai pemilihan anggota PLKN batch 96 sudah menjelma... Tahniah kepada bakal prebet PLKN.. Dan tahniah juga yang teringin sangat tak mahu terpilih.. Tetapi kasihan kepada yang tak terpilih.. Janganlah risau.. PLKN ada 3 panggilan.. peluang untuk terpilih insyaallah ada.. 

# Saya dipilih memakai beret hitam PLKN??.. Jawapannya ya tetapi keputusan sebenar belum dipastikan lagi.. #

Monday, 22 July 2013

Statement golongan Al Riddah (murtad)


Ini adalah salah satu statement yang saya bergaduh dengan admin page murtad di FB.. 



"Tak... tak takut dengan Azab Allah sebab tak percaya... tak percaya dengan neraka pun... satu konsep yang bodoh..."




Ramai berkata mengapa saya mahu menentang sebuah organisasi anti islam yang sangat berpengaruh ??

Jawapan saya : 'Sekiranya aku ditanya oleh Allah apakah amanah aku dalam menegakkan Islam,Allah tahu aku sedang bergaduh dengan kumpulan musyrikin ini'

Soalan lain : Kau bagaikan menempah maut di dalam mulut buaya.. Hentikanlah semua ini.. biarlah mereka menghina..

Jawapan saya : 'Biar mereka menghina??? maaf aku bukan jenis membiarkan segalanya... walaupun pada pandangan orang aku jenis tidak berjuang habis-habisan,tetapi aku simpan semuanya itu kerana tak mahu dicop takbur..'