Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Wednesday 19 June 2013

Cukuplah kasih sayang sahaja

Artikel  ini  berdasarkan  pengalaman  saya  apabila  mengunjungi  Rumah Orang Tua... Pada asalnya saya juga mahu melihat keadaan dan nasib golongan ini.. Sebaik sahaja saya mendengar taklimat dari pengurus rumah kebajikan tersebut,saya pergi melawat mereka.. Sedih.. bayangkan golongan pendidik yang mencurah bakti membesarkan pegawai bank,pegawai tentera dan yang sama waktu dengannya,dicampak ke situ.... Sebaik saya dan rakan-rakan melangkah ke dalam tempat mereka,kelihatan riak muka gembira dengan kehadiran kami.. Kami mendengar segala masalah mereka.. mereka sungguh gembira kerana kami sudi menjadi pendengar yang baik... malahan saya juga mendengar segala puisi dan syair dari salah seorang penghuni rumah tersebut.. Alangkah merdunya suara para veteran itu.. Malahan saya juga bergurau dengan salah seorang warga tua.. alangkah gembiranya.. Apabila saya menanya mereka apa yang mereka mahukan,.. mereka hanya menjawab 'Selama ni atuk dan nenek di sini kesunyian,kami cuma mengharapkan kasih sayang.. sejak kamu semua datang,kami merasai erti kasih sayang...' 

No comments:

Post a Comment