Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday 16 June 2013

Kak,ketat sangat tu(Bahagian 2)

Sambungan bahagian 1

Suatu hari yang indah,dengan langit yang membiru dan bau rumput padang yang baru dipotong,seorang pemuda sedang bersandar di bangku menikmati keindahan alam.Sedang dia menikmatinya,dia ditegur oleh seorang perempuan.

Perempuan : Assalamualaikum..
Pemuda : Waalaikumussalam..

Sedang pemuda tersebut menoleh,kelihatan seorang perempuan yang dikenalinya.Namun kali ni perempuan tersebut memakai tudung labuh.Setelah diamati riak wajahnya,rupa-rupanya perempuan tersebut adalah cashier di pasar raya hari tu.

Pemuda : Eh,akak cashier pasar raya hari tu kan?
Perempuan : Ya,tak perlulah berakak bagai,panggil Humaira sudah mencukupi :)
Pemuda : baiklah Humaira,. erm nama saya Fairuz,kebetulan tak bertegur nama pula hari tu.
Perempuan : Fairuz.. sedap betul nama.. mesti pemilik nama itu sehebat permata kan
Pemuda : haha terima kasih,taklah.. saya biasa saja..tak terlalu istimewa.. :)
Perempuan : itulah yang istimewa tentang awak,merendah diri.. kata-kata awak hari tu telah menyedarkan saya tentang erti hijrah.Selepas awak bertegur dengan saya tentang hari tu,malamnya saya muhasabah diri. Dan alhmadulillah saya diberi hidayah untuk sujud padaNya.
Pemuda : Alhamdulillah..
Perempuan : tetapi itu bukan tujuan saya ke mari,sebenarnya sejak pertemuan kita hari tu,saya sudah mula merasakan awaklah lelaki terbaik untuk saya.Dan saya juga.. erm... saya juga sudah mula suka pada awak..
Pemuda : *muka merah* er... hehehe saya sebenarnya begitu juga..saya juga mula suka pada awak
Perempuan : tetapi saya malu nak cakap sebab saya lebih tua daripada awak.
Pemuda : tidak mengapalah,Siti Khadijah juga lebih tua daripada baginda... Eh,apa tunggu lagi? Jomlah..
Perempuan : Jom? Jom ke mana ?
Pemuda : Jumpa mak ayah awak,minta restu mereka yang kita ni nak kahwin.. :)
Perempuan : *excited* Jom ! :)

No comments:

Post a Comment