Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday 16 June 2013

Kak,ketat sangat tu (bahagian 1)

Ini merupakan cerita rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.Ambillah iktibar daripada cerita di bawah..

Dalam hari yang cerah,seorang pemuda sedang berjalan di dalam pasar raya. Kebiasaannya sebuah pasar raya penuh dengan lautan manusia yang membeli belah di situ.Tetapi hari ini,hanya segelintir sahaja yang manusia membeli belah.. Mungkin kerana hari tersebut bukannya hujung minggu..

Sesudah pemuda tersebut hendak membayar barangan yang dibelinya,dia bertemu dengan seorang cashier yang agak jelita namun malangnya dia memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhnya.Dengan beraninya dia berbual dengan cashier tersebut.

Pemuda : Assalamualaikum kak..
Cashier : Waalaikumussalam dik,.. ya nak apa ?
Pemuda : Eh akak Islam rupanya..
Cashier : Sudah tentulah Islam.. adik nak apa ya ?
Pemuda : Bukan apa.. Saya tegur ni pun sebenarnya saya jenis friendly dengan orang.. Tapi tu bukan tujuan saya tegur akak ni ha..
Cashier : Eh adik ni,.. berkias dengan akak pulak.. terus terang sajalah..
Pemuda : Saya ni bukannya baik sangat.Sebenarnya kan kak,baju akak ni ketat sangatlah.. nampak pula susuk badan akak,terutama sekali bahagian dada.Kalaulah kan akak pakai macam ni kat luar,maruah akak akan terancam..
Cashier : eh kau ni dik oi... ke situ pulak cakapnya
Pemuda : Maaf sebab kasar.Saya ni asyik tertengok akak macam ni je.. kalau lelaki lain tengok,susah kak..
Cashier : Hurm...
Pemuda : Macam ni lah kak,.. saya tak nafikan akak memang cun melecun,tapi cun melecun akak tu saye rasa suami akak je layak tengok.. dan terima kasih kerana sudi berborak dengan saya.. saya balik dulu.. :)
Cashier : baiklah.. nah ini barangnya.. terima kasih kerana berbelanja di sini.. (aku rasa dia tu pelik lah.. aku harap dia lah seseorang yang boleh tolong aku dalam menutup aurat nanti)

2 comments:

  1. Payah nak cari orang yang berani tegur perempuan pakai seksi.

    ReplyDelete
  2. yep memang payah... tapi segelintir mahu menjadi seperti ini

    ReplyDelete