Wahai para syuhada, terbanglah menuju ke RabbMu dalam keadaan yang gembira

Sunday, 30 June 2013

Saya sedang menitiskan air mata

Seorang manusia sedang menitiskan air mata bukan kerana kehilangan seseorang atau patah hati

Tapi kerana dia menangis kerana menghayati surah al quran..

Dia menangis kerana malu dengan Allah..

Dalam surah Ar-Rahman,dia menangis kerana Allah sudah memberi segala kenikmatan di muka bumi ini,namun dia masih tidak bersujud pada-Nya..

Dalam surah Al Qiamah,dia menangis dan cemas kerana Allah telah menceritakan kedahsyatan Qiamat-Nya dan azab seksa-Nya

Dalam surah An Nisaa',dia menangis kerana takut dicop musyrik yang membawa kepada kekafiran masa hadapan.


Siapakah 'Dia' ? hanyalah insan biasa.. Mungkin saya,mungkin anda semua.

Friday, 28 June 2013

Rukun Islam yang tidak disempurnakan..

Seperti mana semua umat islam mengetahui apa itu rukun Islam..

Rukun Islam ialah :

1.Mengucap dua kalimah syahadah
2.Solat 5 waktu
3.Berpuasa di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Mengerjakan haji bagi yang mampu

ehh.. sebentar dulu.. bukan itu soalan saya... Saya sebenarnya nak tanya.. adakah kita ni menunaikan kesemua rukun itu dengan sempurna??

Ya.. tak ramai mampu melaksanakannya dengan sempurna.. kewangan kita memang lah tidak mencukupi,tetapi sekurang-kurangnya masih ada usaha untuk sampai ke Makkah.. itu baru rukun Islam ke 5..

Saya tanya lagi,.. menunaikan zakat pula... kita terutama sekali remaja sudah membayar zakat?? sudah tentu kita mengharapkan penjaga kita.. apabila kita besar nanti... ada pekerjaan..,, segelintir masih belum membayar zakat.. rukun Islam ke 4

Rukun islam ke 3.. puasa di bulan Ramadhan.. ini tidak termasuk mereka yang terkecuali dari berpuasa.. masih ramaikah mampu mengharungi puasa tahun ini ?? tak lama lagi nak puasa..

Rukun islam ke 2.. solat 5 waktu... masih ramai golongan sihat tidak menunaikan solat kerana tiada masa atau penat... solat tiang agama..

Dann.. 2 kalimah syahadah... eh semua orang tahu tentang kalimah syahadah.. tetapi tidak semua mampu menyebutnya dengan betul.. antaranya ialah Asha du an lailahailallah..
salah tu salah.. sepatutnya Ash ha du an lailahailallah.. perhatikan perkataan yang bergaris itu... salah tajwid,semua hancur..

Mungkin sesetengah orang kata artikel ini bersifat sensitif tetapi ianya hanyalah sekadar perkongsian ilmu..
Saya sedia menerima teguran secara berhemah dan teguran kurang ajar akan didelete.. Wallahualam..


Thursday, 27 June 2013

Seandainya aku seorang pemimpin

Seandainya aku seorang pemimpin..,, aku akan mencuba untuk menegakkan keadilan,memusnahkan segala korupsi dan bertindak untuk memajukan negara..

Seandainya aku seorang pemimpin,.. aku akan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat.. memberi bantuan kepada mereka mahupun luar negara..

Seandainya aku seorang pemimpin,.. aku akan menegakkan kebenaran yang sudah bertapak lebih 1000 tahun yang lampau.. Memimpin bala tentera yang besar untuk membebaskan negara dan wilayah yang ditindas oleh pelesit zalim.. Serta mengibarkan kegemilangan Islam di bumi ini..

Sunday, 23 June 2013

Saat hilangnya ulama'

Anda dapat bayangkan bagaimana kita kehilangan para ulama' yang sentiasa kita rujuk terutama soal agama..?? Apa yang berlaku?? Sudah pasti kita mengharapkan keadilan seorang pembawa kebenaran.. Saat kita kehilangan ulama' juga,kita kehilangan juga guru-guru pentafsir fatwa,pengajar al quran.. apabila kita kehilangan mereka,kita mengharapkan golongan belia untuk menjadi pelapis ulama' tapi sayang sejuta kali sayang... nak mengharapkan belia hari ni ibarat pungguk rindukan bulan... nak lentur buluh biarlah dari rebung.. masalahnya dah jadi rebung,bukannya nak lentur,tunggu jadi buluh baru nak lentur gamaknya.. jadi belia zaman sekarang boleh menjadi pelapis ulama' agar islam tidak pupus di bumi Allah.. kobarkan semangat tenteraNya,.. Insyaallah kejayaan milik kita..

Wednesday, 19 June 2013

Cukuplah kasih sayang sahaja

Artikel  ini  berdasarkan  pengalaman  saya  apabila  mengunjungi  Rumah Orang Tua... Pada asalnya saya juga mahu melihat keadaan dan nasib golongan ini.. Sebaik sahaja saya mendengar taklimat dari pengurus rumah kebajikan tersebut,saya pergi melawat mereka.. Sedih.. bayangkan golongan pendidik yang mencurah bakti membesarkan pegawai bank,pegawai tentera dan yang sama waktu dengannya,dicampak ke situ.... Sebaik saya dan rakan-rakan melangkah ke dalam tempat mereka,kelihatan riak muka gembira dengan kehadiran kami.. Kami mendengar segala masalah mereka.. mereka sungguh gembira kerana kami sudi menjadi pendengar yang baik... malahan saya juga mendengar segala puisi dan syair dari salah seorang penghuni rumah tersebut.. Alangkah merdunya suara para veteran itu.. Malahan saya juga bergurau dengan salah seorang warga tua.. alangkah gembiranya.. Apabila saya menanya mereka apa yang mereka mahukan,.. mereka hanya menjawab 'Selama ni atuk dan nenek di sini kesunyian,kami cuma mengharapkan kasih sayang.. sejak kamu semua datang,kami merasai erti kasih sayang...' 

Sunday, 16 June 2013

Kak,ketat sangat tu(Bahagian 2)

Sambungan bahagian 1

Suatu hari yang indah,dengan langit yang membiru dan bau rumput padang yang baru dipotong,seorang pemuda sedang bersandar di bangku menikmati keindahan alam.Sedang dia menikmatinya,dia ditegur oleh seorang perempuan.

Perempuan : Assalamualaikum..
Pemuda : Waalaikumussalam..

Sedang pemuda tersebut menoleh,kelihatan seorang perempuan yang dikenalinya.Namun kali ni perempuan tersebut memakai tudung labuh.Setelah diamati riak wajahnya,rupa-rupanya perempuan tersebut adalah cashier di pasar raya hari tu.

Pemuda : Eh,akak cashier pasar raya hari tu kan?
Perempuan : Ya,tak perlulah berakak bagai,panggil Humaira sudah mencukupi :)
Pemuda : baiklah Humaira,. erm nama saya Fairuz,kebetulan tak bertegur nama pula hari tu.
Perempuan : Fairuz.. sedap betul nama.. mesti pemilik nama itu sehebat permata kan
Pemuda : haha terima kasih,taklah.. saya biasa saja..tak terlalu istimewa.. :)
Perempuan : itulah yang istimewa tentang awak,merendah diri.. kata-kata awak hari tu telah menyedarkan saya tentang erti hijrah.Selepas awak bertegur dengan saya tentang hari tu,malamnya saya muhasabah diri. Dan alhmadulillah saya diberi hidayah untuk sujud padaNya.
Pemuda : Alhamdulillah..
Perempuan : tetapi itu bukan tujuan saya ke mari,sebenarnya sejak pertemuan kita hari tu,saya sudah mula merasakan awaklah lelaki terbaik untuk saya.Dan saya juga.. erm... saya juga sudah mula suka pada awak..
Pemuda : *muka merah* er... hehehe saya sebenarnya begitu juga..saya juga mula suka pada awak
Perempuan : tetapi saya malu nak cakap sebab saya lebih tua daripada awak.
Pemuda : tidak mengapalah,Siti Khadijah juga lebih tua daripada baginda... Eh,apa tunggu lagi? Jomlah..
Perempuan : Jom? Jom ke mana ?
Pemuda : Jumpa mak ayah awak,minta restu mereka yang kita ni nak kahwin.. :)
Perempuan : *excited* Jom ! :)

Kak,ketat sangat tu (bahagian 1)

Ini merupakan cerita rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun.Ambillah iktibar daripada cerita di bawah..

Dalam hari yang cerah,seorang pemuda sedang berjalan di dalam pasar raya. Kebiasaannya sebuah pasar raya penuh dengan lautan manusia yang membeli belah di situ.Tetapi hari ini,hanya segelintir sahaja yang manusia membeli belah.. Mungkin kerana hari tersebut bukannya hujung minggu..

Sesudah pemuda tersebut hendak membayar barangan yang dibelinya,dia bertemu dengan seorang cashier yang agak jelita namun malangnya dia memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhnya.Dengan beraninya dia berbual dengan cashier tersebut.

Pemuda : Assalamualaikum kak..
Cashier : Waalaikumussalam dik,.. ya nak apa ?
Pemuda : Eh akak Islam rupanya..
Cashier : Sudah tentulah Islam.. adik nak apa ya ?
Pemuda : Bukan apa.. Saya tegur ni pun sebenarnya saya jenis friendly dengan orang.. Tapi tu bukan tujuan saya tegur akak ni ha..
Cashier : Eh adik ni,.. berkias dengan akak pulak.. terus terang sajalah..
Pemuda : Saya ni bukannya baik sangat.Sebenarnya kan kak,baju akak ni ketat sangatlah.. nampak pula susuk badan akak,terutama sekali bahagian dada.Kalaulah kan akak pakai macam ni kat luar,maruah akak akan terancam..
Cashier : eh kau ni dik oi... ke situ pulak cakapnya
Pemuda : Maaf sebab kasar.Saya ni asyik tertengok akak macam ni je.. kalau lelaki lain tengok,susah kak..
Cashier : Hurm...
Pemuda : Macam ni lah kak,.. saya tak nafikan akak memang cun melecun,tapi cun melecun akak tu saye rasa suami akak je layak tengok.. dan terima kasih kerana sudi berborak dengan saya.. saya balik dulu.. :)
Cashier : baiklah.. nah ini barangnya.. terima kasih kerana berbelanja di sini.. (aku rasa dia tu pelik lah.. aku harap dia lah seseorang yang boleh tolong aku dalam menutup aurat nanti)